ARKIB

KATEGORI

Buletin

Manusia terkaya di dunia selamat melancong ke angkasa

Berita Global

Views

Kapsul membawa manusia paling kaya di dunia, Jeff Bezos dan penumpang lain yang dilancarkan menggunakan selamat mendarat di sebuah gurun di barat Texas hari ini, lapor laman berita RT.com. Menurut K! ONLINE, Blue Shepard merupakan kenderaan angkasa lepas milik syarikat diasaskan Bezos, Blue Origin.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Selepas terapung seketika di angkasa lepas, kapsul itu kembali ke Bumi dan menggunakan payung terjun untuk mendarat di sebuah kawasan lapang di barat Texas. Bezos, 57, disertai saudara lelakinya, Mark, perintis aviasi wanita, Wally Funk dan Oliver Daemen yang merupakan remaja Belanda berumur 18 tahun.

Bapa Daemen membayar untuk tempat duduk di dalam kapsul tersebut menerusi satu lelongan. Semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Roket Blue Shepard juga mendarat dengan selamat. Selepas membawa kapsul itu ke angkasa lepas, roket itu menggunakan penggalak untuk kembali ke Bumi dan melakukan pendaratan.

New Shepard dilancarkan sekitar 11 minit lebih awal dari Tapak Pelancaran Blue Origin yang terletak di kawasan gurun di Pergunungan Guadalupe, barat Texas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply