ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan kereta sport pertama Proton berharga RM150K yang hanya tinggal kenangan

Views

Mantan bos Proton, Tengku Mahaleel sekali lagi ‘bikin panas’ dengan mendedahkan beberapa foto yang dikatakan kereta sport pertama Malaysia keluaran Proton menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya pada 21 Februari lepas. Model tersebut dengan kodnama ‘Projek Sepang’ dibangunkan secara usahasama antara Proton dan Lotus dan projek tersebut diketuai oleh Tengku Djan.

Ia dibangunkan dari pelantar Lotus yang telah diubahsuai supaya lebih mesra pemandu. Sekiranya model ini direalisasikan, tanda harga bagi model tersebut adalah RM150K seunit dan menurut Tengku Mahaleel, ia mungkin dikuasakan oleh enjin berkuasa 200 kuasa kuda yang diperoleh dari pengeluar lain, sama ada dari Jerman atau Jepun. Selain itu beliau turut memberitahu pada masa itu Proton bercadang untuk mengeluarkan 20-30 model kereta unik dari enam pelantar, namun hanya beberapa model sahaja yang sampai ke peringkat pengeluaran.

Sebelum ini beliau turut mendedahkan beberapa model yang pernah berada dalam perancangan Proton seperti Gen2 versi station wagon, Satria Neo versi lima-pintu, Satria Neo sedan, Satria Neo convertible, Satria Neo GTI, Satria Neo versi perlumbaan, MPV dengan namakod GX, dan model crossover aluminium MSX (keluli sebagai alternatif) termasuk kerangka Body In White yang sedia untuk dikeluarkan. Selain itu perancangan enjin Proton selain keluarga CAMPRO, iaitu prototaip NEF (New Engine Family) yang berkapasiti  2.2 dan 3.0 liter V6 turut didedahkan.

Pada kami perancangan Proton pada masa ini terlalu ‘bercita-cita tinggi’ dan bagus untuk memotivasikan kakitangan syarikat untuk mengeluarkan produk yang hebat. Tetapi ketika era inilah yang banyak mengeluarkan model yang pada kami agak ‘syok sendiri’ dan terlalu hendak menjadi Lotus, sebagai contoh model awal Gen2 yang tidak mempunyai glovebox yang bertutup dan rekaan kabin yang terlalu ringkas dan tidak mesra pemandu.

Memburukkan keadaan lagi enjin CAMPRO yang masih lagi ‘separuh masak’ dan kualiti model yang sangat mendukacitakan, paling mahsyur ketika itu adalah ‘isu tingkap kuasa yang cepat rosak’ dan lain-lain lagi. Ia ditambah pula dengan pengenalan model yang tidak sesuai dengan kehendak pasaran seperti Satria Neo dan Savvy, walaupun model Satria Neo mempunyai rekabentuk menarik yang ‘tidak lapuk dek zaman’ tetapi model tersebut hanya mempunyai dua-pintu.

Savvy pula terpaksa bersaing dengan Perodua Myvi generasi pertama dan model ini juga membuatkan pembeli menjadi fobia dan trauma kerana ia menggunakan enjin dan transmisi AMT dari Renault. Sepatutnya pada ketika itu Proton mengeluarkan Satria Neo versi lima-pintu dan Satria Neo sedan terlebih dahulu dan hanya mengeluarkan unit edisi terhad dua-pintu dalam versi GTI. Untuk Savvy, Proton sepatutnya mencari enjin dan transmisi dari Mitsubishi atau pengeluar dari Jepun yang lain kerana ia lebih tahan lasak dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Adakah anda bersetuju dengan pendapat kami? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments

    • Tahniah. Dpt juga jual. Aku jd besi buruk dpn taman permainan. Tggu majlis perbandaran tarik je.. skrg dah bertukar ke kereta perodua

  • alhamdulillah, semua model tu tak keluar. mmg buat rugi proton je la kalau melabur kat model2 tu. idea yang boleh terima pakai sikit neo 5 pintu. kena gayanya laris mcm perodua myvi baru ni.

  • Betul tu…syukur tak jadi.kalu tidak tak tau la mcm mane nasib proton sekarang..dato syed jgk terbaik.dgn saga persona dan exora mampu juga jual 170k kenderaan.cume yg silap dekat preve je dr segi harga.tp rasa2 tu pun overule dari org atasan kot sbb sebelum keluar ade someone duk kate kete proton xleh jual murah..

    Berbalik kepada zaman tengku, mmg sblm tu proton untung.semua org tau. tp sbb produk 2000-2005 la yg buat proton merana sekarang.tak perlu la duk gebang cite yg untung je.gen2 waja juara savvy tu planning sape.waja yg bagus sket pun yg pasca 2005.

    Harapan nye sekarang.biar la nanti proton kembali jd milik org tempatan, diterajui oleh org tempatan.bukan sebab nasionalisme semata mata tp kalau bukan syarikat negara sendiri, dimana lagi org berbakat mcm dato syed cth nye nk tunjuk kan bakat mereka..cume biarlah yg betul betul berbakat. Kalau asyik design kene kutuk aje tp masih lg jd ketua designer tu bukan bg peluang tp cari penyakit nama nye..

    Sekian..maaf kalau ade yg terasa.

    Sekian..maaf kalau ade yg terasa..

    Sekian..maaf kalau ade yg terasa

  • kalo setakat design canggih mana tapi bila smpi kat machine room kilang part RnD balik suda tukar simpe design wathape?
    lagi satu bila kualiti parts klua dari kilang gred c, gred d hantar ke kilang proton nape dema semua accept the whole batch? tu yg aku dok tak paham sampai la nih..

  • Antara kesilapan proton ketika era Tengku Mahaleel adalah mengeluarkan 3 model baru berbentuk hatchback iaitu Gen-2, Savvy dan Satria Neo. Sedangkan rakyat Malaysia begitu mendambakan sebuah kereta sedan keluarga.

    Ketika itu, proton hanya mempunyai Wira dan Waja saja untuk sedan keluarga mampu milik. Orang kaya pakai Perdana V6 yang berharga RM100K++.

    Tengku Mahaleel begitu bercita-cita tinggi untuk menjadikan proton sebagai pengeluar kereta sport. Gen-2 dengan konsep dashboard minimalist tanpa glove box, Savvy yang menggunakan enjin dan gear dari Renault manakala satria neo kereta 2 pintu yang sememangnya sempit.

    Kemudian, proton hanya “recycle” Perdana, Wira, waja dan saga kereta kebal sahaja dengan harapan rakyat Malaysia akan terus menyokong proton. Rakyat terpaksa membeli model-model proton berkenaan. Ditambah pula dengan masalah kualiti, enjin campro yang tidak effisien serta harga yang tinggi untuk model-model yang telah berusia 5-10 tahun. Tidak pelik kalau proton mempunyai aliran tunai yang banyak.

    Kehadiran Dato’ Syed Zainal di proton telah memberi satu perubahan besar. Hasilnya model Proton Persona dikeluarkan, iaitu model sedan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Kemudian apabila trend rakyat Malaysia ke arah MPV, proton juga peka dan Exora dilancarkan. Kalau dilihat perancangan Tengku Mahaleel, langsung tiada sedan dan MPV untuk rakyat kebanyakan. Semua model sport dan berkuasa tinggi yang tidak relevan dengan citarasa keluarga di Malaysia.

    Namun..saya tidak menidakkan sumbangan Tengku Mahaleel di dalam Proton. Terima Kasih kerana telah membawa handling by lotus ke dalam kereta proton.

    • Yang ni aku setuju. Aku mula tengok perubahan positif dlm proton ni bila keluarnya saga blm & persona & exora. Cuma proton masih tercari2 identiti dua model berkenaan apabila saga pun diorg letak enjin campro 1.6.
      Bab preve & suprima s tu mungkin isu och enjin cfe tu tu mencacatkan & features alang2 moden tu. Cth tiada keyless entry & go, touchscreen yg tiada reverse camera.. mungkin remeh tp tu kadang2 menjadi penentu pilihan pengguna. Iriz sepatutnya ada varian enjin 1.3 turbo & dipasang DRL utk setiap varian sbg umpan penarik pembeli. Yalah. Iriz tu pun alang2. Nak kata kereta jimat minyak pun bukan, prestasi tinggi pun bukan. Jadi trend pengguna sama ada jimat minyak beli myvi, ride & handling yg baik & enjin sedikit prestasi & ekonomi akan pilih honda jazz. Iriz apa yg jadi daya penarik jika bukan enjin berkuasa turbo 1.3 pun ok.. 1.6 turbo bagi kat exora, preve & suprima s.

    • Sbb tu myvi dpt sambutan. Rakyat tiada pilihan kereta yg lebih baik akibat cita2 tinggi proton dk samping kualiti plastik yg rendah pada proton & enjin campro yg kuat telan minyak. Perodua & Honda laku sbb kelemahan proton.

  • Design yang sesuai pada masa tu.. base on cerita tu… Kenapa buat kesilapan yg sama dgn mencipta Iriz.. nampak niat mcm nk lawan Myvi sedangkan boleh teruskan design gt Gen2.. atau satria 5 pintu.. proton sepatutnya design Iriz macam model myvi terbaru… Again.. proton left behind… ?

  • nef tu ape position engine,v6 ke??nasib baik tak bikin & jual kalo tak lagi terlungkup owner nak maintain..sebenarnya yg teruk pd proton cars adalah kualiti parts mcam haram.. aku heran nape parts department di kilang terima aje parts yg kualitinya boleh dipertikai masuk ke dlm production line.

Leave a Reply