ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Malaysia buka tempahan Model 3 Performance – Harga RM242,000

Berita Tempatan

Views

Tesla Malaysia membuka tempahan bagi varian baharu sedan elektrik Model 3 Performance, serentak dengan pelancaran globalnya hari ini.

Varian Model 3 Performance direka dengan luaran dan dalaman yang dipertingkatkan bagi menyerlahkan Ludicrous Mode yang mula diperkenalkan pada Model S dan Model X keluaran 2016 dan 2021.

Dengan teknologi yang terkini, Model 3 Performance mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 3.1 saat sahaja dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 528km (WLTP) dengan sekali cas penuh.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model 3 Performance dilengkapi dengan tempat duduk hadapan baharu dengan lencana ‘Ludicrous
Mode’, spoiler belakang baharu yang lebih besar, dan sistem suspensi adaptif baharu.

 

Selain itu, penggayaan luarannya diserlahkan lagi dengan angkup brek ikonik berwarna merah, dan lencana ‘Ludicrous Mode’ pada bampar belakang.

Kesemua kenderaan Tesla layak untuk menerima Insentif Penerimaan Awal EV yang menawarkan pengecualian duti import dan eksais sepenuhnya, dengan cukai jalan percuma dan rebat cukai pendapatan sehingga RM2,500 (juga terpakai untuk syarikat yang memajak EV).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga jualan Model 3 Performance ditawarkan pada RM242,000. Selain itu, pemilik baharu mana-mana Model 3 dan Model Y boleh menikmati program HCP2.0 apabila mmenggunakan perkhidmatan pembiayaan melalui bank-bank terpilih Tesla.

Program HCP2.0 turut merangkumi pengecas Tesla Wall Connector dan kabel Type 2 percuma, termasuk diskaun pemasangan sehingga RM300 dari kontraktor Pemasangan Tesla yang bertauliah.

Berikut adalah spesifikasi dan harga bagi varian-varian Model 3 di Malaysia :

VarianRear-wheel Drive Long Range Performance
Jarak pandu (WLTP) 513 km 629 km 528 km
Halaju maksima201 km/j 201 km/j 262 km/j
Pecutan 

(0-100 km/j)

6.1 s 4.4 s 3.1 s
HargaRM189,000 RM218,000 RM242,000

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply