ARKIB

KATEGORI

Buletin

Furancho Racing dedah imej Proton Iriz R5

Views

Terubat juga rindu kita dengan kelibat jentera rali Proton setelah Satria Neo S2000 pencen dalam arena tersebut. Akaun Instagram Furancho Racing telah memuat naik sekeping foto jentera rali Proton Iriz R5 lebih awal sebelum Mellors Elliot Motorsport (MEM) yang membina jentera tersebut memperkenalkannya secara rasmi.

Spesifikasinya juga masih belum dikeluarkan, tetapi untuk kategori R5 dalam Kejohanan Rali Dunia-2 (WRC-2), jenteranya perlu menggunakan enjin berkapasiti 1.6 liter berpengecas turbo dengan pacuan empat roda dan mempunyai berat minima 1,230 kg. Jentera rali ini mungkin masih belum lengkap kerana kostum perlumbaannya masih belum sempurna. Bentuk asal Iriz masih kekal, namun badannya menjadi lebih ‘sado’ setelah bahagian fendernya menjadi lebih lebar. Spoiler besar juga turut kelihatan dibahagian belakang.

Adakah anda semua teruja dengan penampilan ‘poket roket’ terbaharu dari Proton ini? Saksikan aksinya di WRC-2 nanti, tunggu!

iriz-rali-r5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Lebih teruja jika proton buat Special Edition iriz dengan ambil sedikit imej franco racing. Macam satria neo dulu yang ada versi lotus yang lebih power. Yg penting, harga berpatutan


  • Furancho Racing dan Mellors Elliot Motorsport bakal menggunakan Iriz dalam Kejohanan Rali Dunia-2 (WRC-2) untuk kategori R5.. Terbaik, kerana memilih Iriz untuk pasukan tersebut berlumba.. Bolehkah pasukan Furancho Racing dan Mellors Elliot Motorsport membawa Iriz menjadu juara Rali Dunia-2 (WRC-2) 2017.?. kita nantikan


  • Rekabentuk Iriz memang sesuai dijadikan SUV subcompact murah. Ruang roda dibesarkan lagi selain overfender supaya boleh memuatkan roda off road bersaiz 205/65 rim 16x7jj.

    Sedang mencari 4×4 kecil, baru dan murah dengan harga dibawah RM70k. Kembara sedia ada sudah mula bermasalah Itu dan ini sejak 2 tahun lalu.

Leave a Reply