ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siang Malam pemilik pertama bas mewah Scania Marcopolo

Views

Siang Malam Travel & Express Sdn Bhd merupakan syarikat pertama di Malaysia yang membeli dan memiliki bas persiaran premium Scania Marcopolo dan kini membuat keputusan untuk mendapatkan dua unit lagi bagi perkhidmatan pelancongan dan sewa khas yang disediakan. Dari segi keselesaan penumpang dan kecekapan operasi, Scania Marcopolo mendapat maklumbalas yang amat baik daripada para penumpang terutamanya dari segi keselesaan dan keselamatan, serta juga kadar pengunaan bahan api ekonomi.

Bas persiaran premium ini dilengkapi dengan bahan pembinaan luaran dan dalaman berkualiti tinggi, disempurnakan dengan prestasi keselamatan yang mantap serta tahap keselesaan yang unggul, semuanya demi memenuhi kehendak pelanggan. Reka bentuk monocoque juga menjadikan badan bas persiaran ini lebih ringan dan kukuh, memberikan ruang simpanan bagasi lebih luas serta menjimatkan pengunaan bahan api.

Scania Marcopolo merupakan bas persiaran mewah kelas pertama, yang dilengkapi dengan kemasan luaran dan dalaman berkualiti tinggi yang mampu mengurangkan pencemaran bunyi serta sistem suspensi angin sepenuhnya. Bagi pemandu pula, Scania Marcopolo menawarkan stereng boleh laras serta pedal minyak tergantung di mana ia memberikan keupayaan egronomik serta tahap keselesaan yang lebih baik, seumpama memandu sebuah kereta. Enjin berkuasa memberikan keupayaan tork yang tinggi pada revs rendah, manakala pengunaan sistem penukaran gear Scania Opticruise yang terbaik dalam kelasnya mengurangkan kadar kehausan klac dan synchromesh.

Casis bas persiaran Scania didatangkan bersama pakej percuma selama 2 tahun untuk perkhidmatan Scania Assistance dan Scania Maintenance dan 10 tahun untuk Scania Fleet Management. Pelanggan Scania akan menerima data kenderaan, kedudukan rangkaian kenderaan dan memantau prestasi pemandu. Gabungan kedua-dua prestasi kenderaan dan pemandu ini mampu menjimatkan sehingga 10% (atau lebih lagi) pengunaan bahan api sekiranya sistem ini digunakan bersama-sama dengan perkhidmatan Scania Driver Training and Coaching.

KLIK UNTUK BESARKAN

csw_0596 csw_0617 csw_0629 csw_0641

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply