ARKIB

KATEGORI

Buletin

TopMark kini dikenali sebagai Toyota TopMark

Views

UMW Toyota Motor telah menjenamakan semula bahagian jualan kereta terpakainya yang sebelum ini dengan nama TopMark, kepada Toyota TopMark bermula bulan ini dan seterusnya. Ini dilakukan bagi memberi lebih tumpuan kepada penawaran kualiti Kereta Terpakai dan Hibrid Yang Disahkan oleh Toyota yang merupakan kekuatan bahagian tersebut sejak ia ditubuhkan pada tahun 2000.

Toyota TopMark akan mengekalkan reputasinya yang telah diakui oleh pemilik kereta terpakainya dengan memberikan kenderaan berkualiti yang melalui pemeriksaan yang rapi. Bersekutu dengan bahagian servis dan teknikal UMW Toyota Motor, Toyota TopMark mempunyai akses kepada maklumat untuk setiap kenderaan Toyota, jadi mereka mempunyai lebih kepakaran mengenai model tersebut berbanding dengan syarikat yang lain.

Setiap kenderaan yang dijual di Toyota TopMark telah melalui pemeriksaan lebih 200 titik sebelum ia bersedia untuk dipamerkan. Ini merangkumi pemeriksaan sistem keselamatan agar ia dapat berfungsi dengan baik dan tayar dengan bunga yang masih elok (jika tidak, ia akan digantikan). Bateri standard juga digantikan dengan yang baharu dan Alat Ganti Tulen Toyota digunakan jika penggantian diperlukan dan kerja-kerja penggantian dilakukan di pusat servis bertauliah Toyota.

Kenderaan akan turut dicuci secara menyeluruh, menerusi tiga tahap pencucian supaya ia kelihatan seperti baharu. Pelanggan juga bakal menikmati faedah tambahan apabila membeli kenderaan dari Toyota TopMark dengan waranti selama dua tahun atau 40,000 km (yang mana terdahulu) untuk enjin dan transmisi. Bukan itu sahaja, caj upah untuk servis berkala kali yang pertama dan kedua akan turut dikecualikan.

Toyota Capital pula membantu pelanggan untuk pendanaan yang lebih tinggi dan kelulusan pinjaman yang cepat (menurut terma dan syarat). Sempena dengan penjenamaan semula, lama sesawang Toyota TopMark (www.toyotatopmark.com.my) turut dikemaskini dengan antara muka yang kini lebih mesra pengguna.

Di sana pelanggan boleh mencari stok dan kenderaan yang boleh didapati dari Toyota TopMark. Buat masa ini terdapat lima outlet Toyota TopMark di Semenanjung Malaysia dan antara lokasi tersebut adalah di Petaling Jaya, Butterworth, Johor Bahru, Kulai dan Kuantan. Selain itu Kenderaan Terpakai Yang Disahkan oleh Lexus turut ditawarkan di lokasi yang telah dinyatakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply