ARKIB

KATEGORI

Buletin

12 pasukan ke pusingan akhir pertandingan pemasaran Proton diumumkan

Berita Tempatan

Views

Pusingan akhir pertandingan pemasaran Proton bakal menyaksikan 12 pasukan akan berentap di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) pada 29 Julai ini. Para peserta akan membentangkan kajian kes pemasaran mereka kepada panel pengadil yang terdiri daripada pengurusan kanan Proton, pakar dari bidang pemasaran dan barisan media.

Semua kumpulan dikehendaki melakukan pembentangan, mencipta pelan pemasaran yang mungkin dihadapi oleh para pelajar apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan. Ia bakal menjadi ujian sebenar bukan hanya dari segi pengetahuan pemasaran dan kemahiran pembentangan, malah menguji keupayaan mereka dalam menghadapi tekanan.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Berikut adalah senarai 12 pasukan yang bakal bersaing di peringkat akhir pertandingan Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge nanti:

  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  • Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar
  • Xiamen University Malaysia
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Sg Long
  • Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
  • Multimedia University, Melaka
  • Taylor’s University, Lakeside Campus
  • DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Setiap institusi akan diwakili oleh kumpulan yang terdiri daripada ketua pasukan, ahli pasukan serta seorang pengajar. Hadiah akan diberikan kepada pemenang termasuklah pengajar, yang telah membimbing pelajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan dan melengkapkan hasil kerja mereka.

Panel pengadil terdiri daripada dua ahli dari pengurusan kanan Proton, tiga pakar pemasaran dari syarikat perniagaan di Malaysia serta lima ahli media. Selain membuat penilaian berdasarkn kreativiti dan kemahiran perbentangan mereka, para pengadil juga akan mempertimbangkan keaslian idea-idea yang dipersembahkan serta bagaimana mereka dapat menempuh keadaan sebenar kelak.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, syarikat percaya pertandingan ini adalah penting kerana para peserta merupakan individu-individu yang akan membantu menguasai ekonomi negara pada masa hadapan. Selain itu, Proton juga ingin memberi peluang kepada graduan dari universiti-universiti di Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat kebangsaan dan menyerlahkan kemahiran yang telah diajar.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply