ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Foto Intipan

Views

Kelmarin kami telah menyiarkan foto-foto intipan Proton Saga facelift 2019 varian Standard dan hari ini, kami memperolehi beberapa foto terbaharu Saga facelift 2019 varian Premium pula yang telah dikesan di dua lokasi berbeza. Ia merupakan unit ujian yang sama jika diperhatikan pada nombor plet perdagangannya, B2106A.

Foto pertama berjaya dirakam oleh Muhammad Airil di kawasan pakir hentian Rehat dan Rawat (RNR) Pagoh, menghala ke utara. Penampakan yang kedua pula berjaya dirakam oleh Akira Vac di sekitar IDCC, Shah Alam. Foto yang ini lebih jelas dan berjaya memperlihatkan sedikit skrin terapung pada papan pemukanya yang ditutup dengan pelekat hitam.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Jika diperhatikan pada rim aloinya, jelas ia merupakan varian Premium kerana rekaannya yang mempunyai lima bilah. Walaupun ditutup dengan celoreng penyamaran, ia berjaya menyerlahkan karektor Saga facelift 2019 yang nampak lebih sporty dan elegan dari bahagian sisi.

Ni nak tegur sikit, sebenarnya kami hairan mengapa Proton tidak menghitamkan keseluruhan bingkai pintu kerana ia sedikit ‘menyakitkan mata kami’, seakan reka bentuk yang tidak siap. Kami sangat berharap model sebenar tidak begitu kerana untuk menghitamkan kawasan tersebut, ia tidak melibatkan kos yang tinggi. Betul tak?

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Spoiler pada but belakang pula kelihatan sedikit tinggi dari sudut ini, sekaligus ia berjaya menyeimbangkan rekaan belakang yang kini nampak tidak terlalu londeh. Nampaknya, warna yang seakan Jet Grey ini sangat sesuai dengan Saga facelift 2019 kerana ia berjaya menyuntik imej sebuah kereta mewah pada sedan yang dijual pada harga rendah.

Kami sebenarnya dah tak sabar nak melihat rupa sebenarnya dan ingin menguji keupayaan transmisi automatik 4-kelajuan baharu Saga facelift 2019. Tinggal sebulan atau dua sahaja lagi untuk kita semua menantikan kemunculan rasminya, tunggu!

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply