ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Foto Intipan

Views

Bila kami memperolehi foto-foto intipan terbaharu ini, terus terlintas di fikiran kami, adakah ini Proton Saga facelift 2019 varian Standard? Kelibat unit ujian yang berceloreng itu telah dikesan oleh Shahir Hairuni beberapa hari yang lalu di Lebuhraya Guthrie, menghala ke Shah Alam.

Kenapa kami berkata begitu? Cuba anda lihat di beberapa bahagian, paling ketara sekali pada penutup roda yang nampak seperti rim aloi selain pemegang pintu dan cermin sisi yang tidak dicat mengikut warna badan kereta.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Kelihatan juga unit pemain audio terapung pada konsol tengah papan pemukanya yang nampak agak menarik. Walaupun kami tidak tahu apa yang diuji pada model ini, ia mungkin adalah rutin ujian biasa selagi model tersebut belum dilancarkan secara rasmi.

Seperti yang kami pernah war-warkan sebelum ini, Saga facelift 2019 hanya akan ditawarkan dalam dua pilihan varian –  Standard (Manual atau Automatik 4-kelajuan) dan Premium (Automatik 4-kelajuan). Varian Standard pula akan dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Lima pilihan warna bakal ditawarkan,  iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Armour Silver dan Rosewood Maroon. Yang pasti transmisi CVT pada Saga semasa akan digantikan dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang dibekalkan oleh Hyundai PowerTech.

Desas-desus pula mengatakan, varian Standard transmisi manual bakal dijual pada harga RM30K, varian Standard transmisi automatik pada harga RM33K dan varian Premium pula dengan tanda harga dibawah RM40K. Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply