ARKIB

KATEGORI

Spyshots

PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Foto Intipan

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto terbaharu Proton Saga facelift 2019 yang dikatakan tertiris lebih awal di laman Facebook group Saga VVT Owner Club (SAVVTOC). Namun setelah melakukan carian di laman itu, hantaran tersebut telah tiada dan mungkin dipadam oleh adminnya. Mujurlah foto-foto tersebut sempat disimpan oleh rakan pembaca, Qaseh Fedora.

Foto Saga facelift 2019 yang tertiris ini besar kemungkinan adalah varian Standard jika diperhatikan pada bahagian bampar yang tiada lampu nyalaan siang LED (DRL). Rekaan lampu depan masih kekal, yang berubah hanyalah pada jeriji utama yang kini membawa elemen busur (Ethereal Bow) dan juga anyaman Infinite Weave.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Walaupun bahagian tersebut masih ditampal dengan pelekat putih, kita masih boleh melihat secara kasar bentuk keseluruhannya. Rekaan bampar depan kini lebih sporty dan mempunyai kesinambungan rekaan dengan model Iriz dan Persona 2019.

Ke bahagian belakang, bentuk spoiler but baharu jelas kelihatan dan ia nampak lebih tebal serta tinggi sedikit berbanding yang sebelumnya. Ini membuatkan but belakang Saga yang ketika ini nampak agak londeh menjadi sedikit lentik. Bentuk lampu belakang juga kekal dan bar belakang kini dihiasi dengan tulisan P R O T O N tanpa kelibat lambang harimau lagi.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Rekaan bampar belakang kini nampak lebih kemas dan ringkas berbanding model semasa. Mungkin untuk varian Premium, ia akan dihiasi dengan kemasan jalur krom, sama seperti model Persona 2019. Paling menarik adalah kehadiran dua liang angin di sisi kiri dan kanan bampar belakang, namun kami tidak pasti ia sekadar kosmetik semata-mata atau memang mempunyai fungsi aerodinamik.

Saga facelift 2019 akan menggunakan kunci rekaan baharu, tidak silap kami ia telah digunakan pada model Prevé. Kami tidak mahu mengulas mengenai rekaan dalaman model ini kerana ia telah diperincikan dalam artikel terdahulu. Sebenarnya kami tidak sabar untuk melihat dengan lebih dekat lagi Saga facelift 2019 dan memandu ujinya nanti.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply