ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Gambaran artis

Views

Ini merupakan percubaan kedua kami membuat manipulasi foto secara digital untuk menunjukkan kepada anda, reka bentuk rim aloi 15 inci Proton Saga facelift 2019 untuk varian Premium setelah mendapat melihat gambaran sebenar semalam.

Dengan kemahiran yang terhad, kami telah memasukkan rim Saga facelift 2019 varian Premium kepada model semasa Saga. Walaupun ada banyak kekurangan, tetapi inilah gambaran yang mampu kami berikan untuk tatapan anda.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Tidak keterlaluan kami katakan, rekaan rim Saga facelift 2019 varian Premium ini sangat menarik dan telah berjaya menyuntik elemen sporty dan elegan pada model tersebut. Rekaannya tidak begitu kompleks dan boleh dikatakan agak ringkas, menggunakan elemen 5 bilah berkembar dengan kemasan dwi-tona (dual-tone).

Patutlah ramai yang dah melihat rupa sebenar model ini amat tertarik dengan rekaan rim aloinya. Menurut info, rim aloi ini adalah buatan tempatan dan proses pembuatannya dipantau dan diketuai oleh kakitangan dari Geely.  Prosesnya dipantau rapi dan dikatakan berpuluh-puluh sampel telah dihasilkan sebelum ia dimuktamadkan.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

Ia menggunakan teknologi potongan berlian (diamond cut) bagi menghasilkan kemasan yang terperinci dan jitu. Hasilnya sangat memuaskan dan ini mungkin antara rekaan rim yang terbaik pernah dihasilkan oleh Proton. Kami berharap ia tidak menjadi sasaran pencuri tayar dan rim selepas ini.

Apa pendapat anda semua?

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply