ARKIB

KATEGORI

Buletin

16 buah pesawat Tentera Udara China ceroboh ruang udara zon maritim Malaysia dipintas jet TUDM

Berita Tempatan

Views

Setelah gempar dengan berita mengenai sebuah pesawat perisikan Israel yang melintasi ruang udara Putrajaya minggu lalu, semalam sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) telah dikesan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan mencurigakan di ruang udara zon maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR).

Menerusi satu kenyataan media TUDM memaklumkan, pesawat-pesawat tersebut telah dikesan oleh radar pertahanan udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 1153H. Pesawat-pesawat tersebut dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Mereka kemudiannya mengubah haluan penerbangan ke ruang udara Beting Patinggi Ali dan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,00 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Sarawak.

Pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap siaga melalui Operasi Curiga TUDM. Setelah tidak mengendahkan arahan supaya menghubungi kawalan trafik udara KK FIR, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1333H untuk melakukan identifikasi visual.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Hasil pemintasan, TUDM mengenal pasti pesawat-pesawat tersebut adalah dari jenis Ilyushin II-76 dan Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi. Insiden ini amat serius terhadap kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan.

TUDM telah mengendalikan insiden ini berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa ICAO serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN), manakala Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum mengenai situasi ini menerusi Kementerian Pertahanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rentaka

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply