ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP 3.0 – Polis adakan SJR bergerak dan pemeriksaan di pejabat

Berita Tempatan

Views

Polis Dang Wangi melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) secara bergerak bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dua pasukan dikerahkan untuk melakukan SJR bergerak di sekitar daerah tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Kata beliau, tiada sebarang SJR tetap didirikan disebabkan terdapat banyak laluan pilihan yang boleh digunakan. Namun, pihaknya akan mengadakan SJR bergerak bergantung kepada jumlah kenderaan dan keperluan semasa.

Mohamad Zainal dan pasukannya sebelum itu melakukan pemeriksaan di pejabat sebuah agensi kerajaan di Jalan Tun Razak. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, pihak pengurusan mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dengan hanya membenarkan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan bertugas di pejabat.

Sebanyak 21 Pasukan Pematuhan dari IPD Dang Wangi akan digerakkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap pematuhan SOP serta pejabat kerajaan dan swasta.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sementara itu, Mohamad Zainal berkata, pihaknya menyedari masalah berkaitan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh pada Selasa.

Pihaknya memberi sedikit kelonggaran kepada pihak terbabit dengan hanya mengemukakan surat kebenaran daripada majikan mereka bagi tempoh dua hingga tiga hari ini.

Selepas tempoh berkenaan, pemeriksaan teliti akan dilakukan dengan mengemukakan surat kebenaran daripada MITI. Kompaun akan dikenakan kepada mereka yang melanggar SOP berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply