Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya menghantar sebanyak 200 unit model pemasangan tempatan (CKD) pertama, GWM Haval H6 HEV ke seluruh negara, kurang sebulan sejak pelancarannya,
Bukan itu sahaja, SUV hibrid ini juga telah mencatat jumlah tempahan melebihi 1,500 unit. Rekod jualan ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memperluaskan pasaran dan menawarkan rangkaian kenderaan yang berkualiti tinggi serta mampu milik untuk pasaran tempatan.
GWM berpegang teguh pada strategi perniagaan jangka panjang ‘long-termism‘ yang menjadi pemangkin untuk jangkauan dan jualan di peringkat global.
Strategi ini berasaskan empat tonggak utama globalisasi iaitu ‘Locally Built‘, ‘Locally Operated‘, ‘Locally Cultivated‘ dan ‘Supply Chain Integrated‘.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Dengan variasi produk yang memenuhi citarasa pengguna di seluruh dunia, GWM berjaya mencatat jualan global sebanyak 122,700 unit, meningkat sebanyak 39.85 peratus.
GWM Haval kini melebihi 9 juta jualan terkumpul global, manakala GWM TANK mencatat lebih daripada 500,000 jualan terkumpul pada suku ketiga 2024.
Salah seorang pemilik Haval H6 HEV semasa di acara GWM Family Day baru-baru ini berkata, SUV segmen-C ini boleh mencapai sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh, sememangnya sesuai untuk pemanduan hariannya.
Untuk pasaran Malaysia, Haval H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800 dengan lima pilihan warna menarik yang terdiri daripada Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black.
SUV ini dikuasakan oleh enjin turbo 1.5-liter dengan kombinasi tenaga elektrik dan petrol yang menghasilkan gabungan kuasa maksimum 243 PS dan 530 Nm daya kilas maksimum.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain itu, teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) membolehkan pemandu merasakan pecutan pantas 0-100 km/j dalam hanya 7.7 saat.
Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai tawaran dan waranti istimewa kepada pemilik Haval H6 HEV:
Tawaran Istimewa:
- Tawaran Pelancaran – Penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun kepada mereka yang mendaftarkan Haval H6 HEV pada tahun 2024 (termasuk alat ganti dan upah).
- Tawaran Kesetiaan Pelanggan GWM – Rebat tambahan RM 3,000 kepada pemilik kenderaan GWM sedia ada.
Waranti:
- Waranti Enjin selama 10 tahun / 1,000,000km.
- Waranti Sistem HEV selama 8 tahun / 1,000,000km.
- Waranti Penuh Kenderaan selama 7 tahun / 200,000km.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI