ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim E-hailing jalin kerjasama dengan universiti tempatan

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan e-hailing menjadi salah satu pengangkutan utama bagi pelajar universiti terutama mereka yang tinggal di luar kampus dan rumah sewa.

Ini berikutan kebanyakan universiti tidak membenarkan pelajar membawa kereta persendirian, yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

E-hailing menjadi penyelesaian terbaik dimana kemudahan yang disediakan dapat membantu pelajar. Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah dimeterai antara Maxim E-hailing dan pengurusan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi memastikan pelajar mendapat pengangkutan yang lebih baik.

Maxim telah mendapat kebenaran utama untuk untuk menghantar pelajar sekitar kampus. Menurut pengurusan UNIMAS, kerjasama ini dapat membantu menjamin pergerakan pengangkutan di sekitar kampus dan mereka turut mendapat akses untuk memantaunya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

E-hailing adalah pengangkutan yang menawarkan khidmat terus, di mana pemandu mengambil penumpang dari pintu dan menghantarnya terus ke pintu masuk atau lokasi yang ingin dituju.

Ini boleh mengoptimumkan pergerakan, berbanding menggunakan pengangkutan lain di mana boleh menjimatkan masa dari segi mencari tempat letak kereta, berjalan ke pintu masuk dan tempoh menunggu.

Selain itu, Maxim turut bekerjasama erat untuk menambah baik infrastruktur universiti dengan menyediakan bangku di ruang menunggu.

Secara keseluruhan lebih daripada 50 bangku telah dihantar pada 2024 ke seluruh negara. Inisiatif bangku itu bertujuan menyediakan ruang menunggu yang selesa untuk pelajar.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Baru-baru ini, Maxim Johor bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengadakan acara tiga hari yang dinamakan UNBOCS 2024.

Pihak pengurusan universiti juga telah meminta Maxim Johor untuk menaja cenderahati, makanan ringan, barangan dan cabutan bertuah.

Menurut pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, pihaknya percaya kerjasama ini akan mewujudkan impak yang bermakna, memupuk inovasi dan membentuk tenaga kerja masa hadapan.

Maxim E-hailing menghargai sebarang peluang dengan organisasi yang ingin bekerjasama, dan berterima kasih atas sokongan daripada pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply