ARKIB

KATEGORI

Buletin

22 lagi penguat kuasa JPJ ditahan lindungi ‘sindiket lori kebal’

Berita Tempatan

Views

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan berita mengenai penahanan 31 individu termasuk 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia dikatakan bagi melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri tersebut. Hari ini Astro Awani melaporkan, SPRM telah menahan menahan seramai 22 lagi penguat kuasa JPJ kerana dipercayai turut terlibat dengan sindiket yang sama.



JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Kesemua lelaki tersebut berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun telah ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang tadi. Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak kira-kira RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000.


Jelas sumber, tangkapan ini merupakan siasatan peringkat kedua dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Nampaknya kes ini semakin panas kerana jumlah tangkapan semakin meningkat dan mungkin akan bertambah lagi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto sekadar hiasan. Kredit Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply