Iklan acah terbaharu yang dimuat naik ke lama Facebook rasmi Proton Cars siang tadi akhirnya mengesahkan info yang kami kongsikan kepada anda baru-baru ini. Kini sah, pelancaran model Proton Iriz dan Persona facelift akan diadakan pada malam 23 April 2019 (Selasa minggu depan).
Video pendek berdurasi 35 saat itu menunjukkan beberapa ciri yang bakal ditawarkan pada model tersebut termasuk Arahan Suara selain memaparkan sedikit aksi pengendalian Iriz facelift melalui ujian slalom di litar ujian Proton.
JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow
Selain itu Proton juga mengajak anda semua untuk menonton siaran langsung majlis pelancaran kedua-dua model tersebut menerusi laman sosial mereka di Facebook dan YouTube bermula jam 8.00 malam pada hari Selasa depan.
Nantikan!
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
Maaf. Dah booking yaris. Maaf Iriz..
Proton ni macam jual goreng pisang yang digoreng semalam, petang esok baru nak jual. Siapa nak belinya? Nak tengok pun dah tak mau dah. Sejuk dah.
Betul tu. Siapa je nak beli kan? Sebab tu yang booking persona & iriz ni 8000 unit je. Tengok kereta lain, booking sampai puluh ribu.
Benda boleh beli toyota buat apa beli proton.. Kah kah kah