ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lindungi sindiket lori – 23 penguat kuasa JPJ ditahan SPRM

Berita Tempatan

Views

Utusan Malaysia melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seramai 31 individu termasuk 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah.

Mereka dipercayai melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang. Kesemua mereka yang terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 54 tahun telah ditahan di pejabat SPRM negeri antara jam 10 pagi hingga 4 petang semalam.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita terbabit merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat. Kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 yang terlibat dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 setiap bulan.

Ia sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ. Sumber tersebut berkata, wang yang diterima itu dipercayai untuk tujuan hiburan pegawai kanan JPJ.

Tangkapan tersebut merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan. Katanya, dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Sumber itu menambah, kumpulan lori-lori yang dilindungi itu telah dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto supaya mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Jelas beliau, operasi besar-besaran oleh Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM negeri itu dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat daripada orang awam. SPRM tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Kesemua mereka yang ditahan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto sekadar hiasan. Kredit Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply