ARKIB

KATEGORI

Info

Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Info

Views

Anda pemegang Kad Mesra Petronas? Tahukah anda Kad Mesra Petronas ada menawarkan pelan perlindungan kemalangan yang dipanggil Mesra Personal Accident (PA). Kami nak kongsikan info mengenainya yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang bernama Syed Hakim.

Apa faedah yang anda akan dapat dari pelan Mesra Personal Accident (PA)?

  • Pendapatan harian semasa di hospital – Bayaran harian RM50 sehingga 30 hari untuk setiap kemalangan.
  • Kematian atau kecacatan kekal – Sehingga RM25,000.
  • Pampasan berganda – Kematian akibat kemalangan pada hari cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan bernilai sehingga RM50,000.
  • Liputan di seluruh dunia – 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

* Tertakluk kepada terma dan syarat



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Macam mana cara nak mendapatkan pelan ini?

Syarat-syaratnya hanya ada dua sahaja:

  • Mesti ada Kad Mesra Petronas.
  • Mesti isi minyak Petronas minimum RM100 setiap bulan (tak kisah sama ada RON 97 atau RON 95).

100 mata ganjaran Mesra akan dipotong dari akaun Mesra anda setiap bulan. Tempoh pembelian bermula dari 16hb setiap bulan hingga ke 15hb bulan yang berikutnya. (Rujuk jadual di bawah).

Bukan itu sahaja, dengan berdaftar untuk mendapatkan faedah Mesra PA, anda secara automatik layak untuk Program AXXESS di mana anda akan mendapat mata ganjaran menerusi peniaga yang mengambil bahagian seluruh negara untuk membantu anda mengurangkan atau membayar penuh ansuran motor tahunan.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Langkah seterusnya yang perlu anda buat adalah:

  • Ketik pautan ini https://www.axxess.com.my/petronas-mesra-register
  • Isi borang dan pastikan ada Kad Mesra Petronas dengan anda kerana perlu memasukkan nombor kad tersebut.
  • Untuk mereka yang beragama Islam, pastikan anda memilih pelan ‘Takaful’ semasa mengisi borang.

Selesai. Anda boleh baca FAQ sekiranya ada sebarang kemusykilan. Pihak Axxess akan menghantar e-mel jika polisi perlindungan anda bagi bulan tersebut berjaya. Kongsikan info ini sekiranya bermanfaat!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply