ARKIB

KATEGORI

Buletin

3 pelajar UiTM Dungun maut, 1 parah dirempuh Honda CR-V

Berita Tempatan

Views

Tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah SUV di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di Dungun, malam tadi.

Dalam kemalangan jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh SUV jenis Honda CR-V dipandu seorang wanita. Semua mangsa menunggang dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Y15.

Mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20, pelajar jurusan Ijazah Perakaunan, manakala Mohd Akhmal Tukirin, 20, adalah pelajar Ijazah Perhotelan.

Rakan mereka yang parah ialah Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Ku Adib Aizab adalah anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Ketika nahas menimpa anak mereka, pasangan itu dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Pesawat rombongan umrah itu berlepas dari KLIA jam 5.35 petang semalam dan sampai Jeddah jam 9.15 malam tadi (waktu tempatan).

Ketika berita ini ditulis, pasangan itu dalam penerbangan pulang semula ke Kuala Lumpur. Mereka berlepas dari Jeddah jam 1.55 pagi waktu tempatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan baru selesai makan malam di sebuah kedai makan berhampiran universiti berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda CR-V dipandu wanita itu merempuh bahagian belakang kedua-dua motosikal terbabit.

Rempuhan berkenaan menyebabkan seorang daripada mangsa tercampak ke longkang. Honda CR-V itu turut terbabas dan masuk ke longkang berhampiran.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.26 malam sebelum sepasukan 10 anggota dan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat seorang mangsa yang terjatuh ke longkang dibawa naik anggota bomba. “Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian. “Mayat semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Rektor UiTM Dungun menerusi Instagram menyebut tiga jenazah akan dimandi dan dikafankan di Hospital Dungun jam 10 pagi ini, disolatkan di Masjid UiTM Dungun sebelum dibawa pulang ke Ampang, Sungai Buloh dan Muar untuk dikebumikan.

Sementara itu, pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu malam tadi mengesahkan tiga pelajarnya meninggal dunia manakala seorang lagi parah dalam kemalangan.

“Pihak universiti dukacita atas kejadian yang berlaku dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar terbabit.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh arwah pelajar dan semoga Allah permudahkan urusan keluarga pelajar. “Pihak universiti juga menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh keluarga,” kata kenyataan itu malam tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Khairen Anuar

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply