Dalam artikel terdahulu, penulis pernah bercerita tentang Perodua Bezza generasi kedua yang kini dalam fasa pembangunan dan dijangka tiba seawal tahun 2026.
Seperti yang kita sudah ketahui, generasi kedua Perodua Bezza ini akan berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA), bersama dengan Axia serba baharu.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Spekulasi mengatakan, ia bakal dikuasakan oleh enjin petrol tiga-silinder generasi baharu 1.2 liter WA-VE aspirasi alami (NA) DOHC Dual VVT-i yang menjana output sebanyak 88 PS dan 112 Nm daya kilas.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi D-CVT. Difahamkan enjin baharu itu lebih cekap bahan api serta mampu memberikan daya pecutan 15 peratus lebih pantas berbanding enjin sedia ada.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Pada ketika ini, enjin tersebut dipakai oleh kembar Axia baharu di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla dan Toyota Agya. Bukan itu sahaja, ia turut dipakai oleh varian asas Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di negara tersebut.
Dari segi varian, penulis meramalkan ia akan ditawarkan dengan tiga pilihan bermula dari G, X dan AV, sama seperti model semasa, cuma tanpa versi manual.
Menurut info terkini dari ejen perisik Mat Bond, Perodua akan menyambung semula pemasangan percubaan (trial) model SUV segmen B, D66B@Nexis/Traz pada hujung tahun ini. Ia bakal dilancarkan pada suku pertama (Q1) tahun 2025.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hasil gabungan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI).
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI