ARKIB

KATEGORI

Buletin

43 individu disaman gara-gara ‘Potong Q’

Berita Tempatan

Views

Seramai 43 individu disaman kerana memotong barisan di lampu isyarat dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Potong Barisan (Potong Q) di Jalan Bakar Batu-Jalan Pasir Pelangi, di Johor Bahru, petang semalam.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi yang dijalankan bermula 4.30 petang hingga 6.45 petang itu turut memeriksa 90 individu dan 75 kenderaan.

Katanya, selain mengeluarkan 22 saman di bawah Kaedah 6 (1) LN 166/59, pihaknya turut mengeluarkan empat saman atas pelbagai kesalahan lain.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Tambahnya, lokasi itu kerap dilaporkan berlaku kesalahan potong barisan terutama ketika kenderaan menunggu aliran trafik bergerak.

Menjadi kesalahan jika mana-mana kenderaan yang datang dari arah belakang untuk masuk ke hadapan barisan.

Di lokasi berbeza, Raub berkata, polis mengeluarkan sebanyak 124 saman dan menyita 34 motosikal menerusi Op Cegah Jenayah Bersepadu dan Op Mat Rempit, malam tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Operasi dijalankan di enam lokasi iaitu Kilometer 4.5 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, Jalan Skudai Pantai Lido, Susur Turun EDL – Bakar Batu, Jalan Pasir Pelangi dan Jalan Stulang Laut.

Lokasi itu dikenal pasti menjadi tempat remaja menunggang motosikal secara berbahaya. Kesemua saman dikeluarkan atas kesalahan antaranya tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai struktur atau ekzos, lampu hadapan silau dan tiada cermin sisi.

Dalam operasi itu juga, polis menahan seorang lelaki yang didapati melakukan kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Johor Bahru Selatan

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply