ARKIB

KATEGORI

Buletin

Usah beli OCH ‘custom’ atau bukan ‘ori’ – Proton

Berita Tempatan

Views

Pemilik MPV Exora keluaran Proton dinasihatkan agar tidak membeli hos penyejuk minyak (oil cooler hose atau OCH) yang ditempah khas kerana dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Portal Free Malaysia Today melaporkan, Ketua Pengurusan Kandungan Proton, Faisal Shah memberitahu pembekal OCH alternatif diragui kepakarannya selain tidak mempunyai makmal untuk tujuan ujikaji komponen buatan mereka.

Jelasnya, isu spesifik seperti OCH pada Proton Exora adalah salah satu isu yang sedang diberi perhatian dan pihaknya kini berusaha untuk menyelesaikannya. Proton menasihatkan pengguna supaya tidak membeli komponen tidak tulen.

Bagi Proton Exora yang menggunakan enjin turbo, ia adalah satu model yang telah dilancarkan pada 2011 tetapi, pihak syarikat masih melakukan banyak aktiviti untuk meningkatkan prestasinya, termasuk menyelesaikan apa-apa isu yang ada seperti OCH.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

OCH adalah komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada mengalami kepanasan melampau (overheating).

Jika OCH pecah atau rosak, minyak akan bocor menyebabkan enjin dan transmisi kereta gagal dilincirkan dengan baik, yang akhirnya menyebabkan panas melampau.

Faisal memberitahu, selepas beberapa tahun melancarkan Exora dengan enjin turbo, Proton mengenal pasti berlaku kebocoran OCH yang ketika itu diperbuat sepenuhnya daripada getah.

Katanya, pada masa itu, Proton telah pun menukar OCH pada kenderaan yang terjejas, melakukan kempen servis bagi semua kenderaan yang dikeluarkan serta menukarkan status hos sebagai perlu ditukarkan setiap 40,000 kilometer.

Akhir sekali memperkenalkan komponen baharu, iaitu hos separuh besi pada tahun 2018. Ini telah memanjangkan hayat hos itu kepada 80,000 kilometer dan membolehkan ia lebih bertahan pada suhu dan tekanan yang tinggi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Faisal yang mewakili Proton menjelaskan ketidakpuasan hati pemilik Exora yang mendakwa syarikat otomobil nasional itu gagal menyelesaikan isu OCH yang kerap pecah dan mendatangkan kerugian yang banyak.

Ujarnya, Proton akan memanggil semula kenderaan MPV keluarannya itu, jika terdapat teknologi baharu yang boleh menggantikan OCH berkenaan.

Menerusi Kelab Pemilik Exora Malaysia di Facebook, hampir setiap hantaran ahlinya berkaitan masalah OCH pecah. Malah ada yang menggelar isu OCH sebagai ‘bom jangka’ untuk Exora.

Kebanyakan pemilik Exora dalam kumpulan itu mendedahkan mereka terpaksa membeli OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000, selepas Proton sejak 2011 dikatakan tidak menawarkan penyelesaian berkaitan isu itu.

Ada juga yang mengeluh apabila terpaksa menunggu lama untuk pusat servis Proton menukar atau menyelesaikan isu OCH dan keadaan itu memaksa mereka mencari penyelesaian sendiri dengan bantuan mekanik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shopee

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply