ARKIB

KATEGORI

Buletin

50 juta unit Toyota Corolla terjual di seluruh dunia sejak lebih lima dekad lalu

Info

Views

Sebut sahaja nama Corolla, pastinya ramai yang mengenali salah satu model ‘tersohor’ keluaran Toyota ini kan? Dalam tempoh 55 tahun di pasaran, popularitinya tidak pernah pudar meskipun rekaan asalnya telah berevolusi dari satu generasi ke generasi. Contoh terdekat adalah pengenalan Corolla Cross tahun lalu.

Ini kali pertama bentuk badan kenderaan seumpama itu berubah menjadi sebuah kenderaan gaya hidup seperti SUV. Jika diimbau kembali sejarah model Corolla, sedar atau tidak ia kini sudah berada pada generasi yang ke-12. Pada tahun 1965, Toyota merupakan antara syarikat automotif terawal yang menyahut seruan kerajaan untuk memasang produk mereka di Malaysia.

Untuk merealisasikan impian tersebut, Toyota telah berbincang dengan Champion Motors yang telah membina sebuah kilang pemasangan di Shah Alam, Selangor dan Corolla menjadi model pertama yang dipasang secara tempatan.

Kilang yang kemudiannya ditukar nama kepada Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) itu turut memasang beberapa kenderaan jenama lain sebagai kontraktor. Corolla mendapat sambutan positif ketika diperkenalkan pada 1968 dan beberapa model Toyota lain pula menyusul dari tahun ke tahun.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi populariti Toyota dalam kalangan warga Malaysia dan berjaya meletakkannya sebagai jenama No. 1 menjelang 1970an, dengan Corolla menjadi model terlaris. Sehingga kini, kira-kira 300,000 unit Corolla telah dijual dalam pasaran Malaysia, menjadi sebahagian daripada 50 juta unit yang telah dijual di seluruh dunia.

Hampir semua generasi Corolla telah dipasang di Malaysia, namun sejak 2008, ia mula diimport sebagai unit CBU dari Thailand. Penawaran varian berbeza telah memberikan pilihan buat pelanggan dengan versi sedan menjadi pilihan utama. Selain itu, versi stationwagon yang boleh digunakan oleh perniagaan kecil untuk mengangkut barangan turut ditawarkan.

Corolla Liftback pula menawarkan imej yang lebih sporty, dengan prestasinya pernah menjadi bualan di kalangan peminat rali tempatan. Dengan harga mampu milik, tahan lasak serta jimat, ia menjadi faktor utama yang membantu melonjakkan jenama Toyota di kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.

Generasi kesembilan yang diberi nama Corolla Altis telah menyumbang kepada peningkatan jualan tahunan bagi generasi seterusnya. Di antara tahun 2010 dan 2020, Corolla menyumbang sebanyak 6 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan Toyota di negara ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Model generasi ke-10nya pula muncul sebagai generasi yang paling laris di Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 40,000 unit. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindaran K, kejayaan model tersebut adalah disebabkan ia menjadi standard baru bagi kecemerlangan automotif dalam kelasnya.

Hampir satu pertiga daripada pelanggan Corolla turut membeli sebuah lagi sebagai kereta tambahan untuk isi rumah. Jika mereka tidak menjualnya semula, kereta itu akan kekal dalam keluarga untuk satu tempoh yang lama.

Corolla juga mencipta “kultus” tersendiri dalam kalangan generasi peminat lebih muda yang gemar membeli model-model lamanya, terutama dari generasi keempat (KE70). Terkini, selain TNGA (Toyota New Global Architecture), Corolla hadir dengan ciri keselamatan lebih canggih serta teknologi keterhubungan yang lebih baik.

Ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, Corolla merupakan sebuah model global berkualiti tinggi yang melangkaui kelasnya, seperti selalu. Dalam tempoh lebih 50 tahun dan 12 generasinya, ia telah membawakan keseronokan kepada jutaan pemiliknya di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply