ARKIB

KATEGORI

Buletin

The Speeder – Motosikal terbang Jetpack Aviation bakal berada di pasaran menjelang 2023

Berita Global

Views

Sebuah syarikat pembuatan alatan futuristik, Jetpack Aviation mendedahkan harapan positif untuk melancarkan motosikal terbang menjelang 2023, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

K! ONLINE melaporkan, syarikat yang berpangkalan di California mengumumkan perkara itu susulan kejayaan sesi pandu uji kenderaan itu baru-baru ini. Syarikat itu berharap dapat menghasilkan dua versi motosikal itu kegunaan harian.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Digelar sebagai The Speeder, motosikal futuristik ini dibina dengan program perisian kawalan penerbangan unik Jetpack Aviation untuk membantu memantau dan menyesuaikan daya tuju sepanjang pemanduan.

Perisian yang memerlukan masa setahun setengah tahun untuk dihasilkan itu membolehkan motosikal terbang damn secara automatik menstabilkan kenderaan itu di udara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Aviation, David Mayman, pihaknya mungkin akan menghasilkan motosikal jenis ultra ringan yang tidak memerlukan lesen juruterbang untuk dikendalikan. Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan versi kategori profesional dalam tempoh enam bulan selepas itu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, kelajuan versi ultra ringan akan dihadkan hingga 60 kilometer sejam sejajar dengan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan waktu penerbangan selama 15 minit.

Jelas Mayman, versi motosikal terbang kategori profesional memerlukan lesen juruterbang asas dengan kelajuan 250 kilometer sejam dan waktu penerbangan sekitar 35 minit.

Speeder akan dilengkapi lapan turbin yang membolehkan motosikal seberat 136 kilogram itu membawa pemandu dua kali ganda daripada berat kenderaan.

Jetpack Aviation telah menetapkan harga awal The Speeder pada AS$381,000 (RM1.6 juta) dan telah mula mengambil pesanan awal daripada pembeli berminat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply