ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAC Aion V hanya perlukan 8 minit untuk mengecas 80 peratus bateri

Berita Global

Views

Masalah utama kenderaan elektrik (EV) yang masih lagi membelenggu ‘dirinya’ adalah masa untuk mengecas yang agak lama. Ini yang menyebabkannya masih lagi belum mampu untuk mengatasi kemampuan pengisian minyak.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Namun, kini masa untuk mengecas EV semakin cepat dan ada sebuah model keluaran China yang dikatakan mampu dicas dalam tempoh singkat, sepantas mengisi minyak penuh. Model tersebut adalah GAC Aion V yang dijangka diperkenalkan bulan depan (September).

Menurut portal cnevpost.com, dalam satu demonstrasi yang diadakan akhir Julai lalu, GAC Aion V memperlihatkan keupayaan pengecasan adi-pantasnya (super-fast). Walaupun pada tahap pengecasan 80 peratus, kenderaan masih menyalurkan 481 kW dari pengecas dan menyimpan 35.1 kWh ke dalam bateri hanya dalam tempoh 4 minit.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Namun, angka tersebut masih lagi belum disahkan secara bebas dan hanya diuji pada versi 6C yang mempunyai jangkauan NEDC 1,000 km dengan sekali cas. Terdapat juga versi 3C yang jarak NEDCnya hanya 500 km, namun kepantasan pengecasannya tidaklah begitu tinggi.

Pengeluar SUV tersebut berkata, meskipun baterinya sentiasa dicas pada kapasiti maksimum (tetapi pada suhu bilik), baterinya mampu bertahan sehingga mencapai jarak 1 juta km (621,000 batu) sebelum ia perlu diganti. Model pengecasan adi-pantas baru ini akan mula dilancarkan dalam masa terdekat dan selepas itu mereka akan menguji keupayaan pengecasan ultra-pantas pula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply