ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla Cross dilancarkan – Dua varian, harga dari RM124k

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor secara rasminya melancarkan model SUV terbaharu mereka Toyota Corolla Cross malam ini. Model siap bina (CBU) yang diimport dari Thailand ini didatangkan dalam dua varian, Corolla Cross 1.8V dan Corolla Cross 1.8G. Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic.

Harga jualan bermula dari RM124,000 (dengan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021) untuk Corolla Cross 1.8G, manakala Corolla Cross 1.8V (Tanpa pengecualian cukai jualan) dijual dengan harga RM134,000, tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia. Ia turut didatangkan dengan jaminan selama
lima-tahun tanpa had perbatuan termasuk jaminan sokongan lepas jualan seluruh negara dengan ketersediaan alat ganti tulen.

Meskipun ia merupakan ahli keluarga Corolla, Corolla Cross mempunyai penggayaan yang berbeza daripada Corolla Sedan. Model ini dibina dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) dan mempunyai kedudukan titik graviti lebih rendah bagi meningkatkan kestabilan kenderaan dan kerangka badan yang lebih kukuh

Dari segi dimensi, Corolla Cross memiliki badan yang sedikit lebih pendek berbanding model sedan dengan panjang keseluruhan 4,460 mm. Bagaimanapun, ia lebih lebar sebanyak 45 mm dengan 1,825 mm dan 185 mm lebih tinggi dengan 1,620 mm.

Ini membolehkan jarak lega tanah dinaikkan kepada 161 mm. Ruang dalaman model ini lebih mirip kepada kereta penumpang dengan ciri yang mengutamakan keselesaan. Corolla Cross meneruskan konsep tersebut, menyediakan sebuah ruang berkonsep urban dengan ciri premium.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Selain posisi duduk lebih tinggi, ketinggian tambahan kenderaan ini menjadikan ruang kepala lebih luas berbanding SUV pesaing lain dalam kelasnya. Corolla Cross 1.8G diengkapi lampu utama jenis projektor halogen, sementara varian 1.8V pula dilengkapi dengan unit Bi-LED.

Lampu siang (DRL)nya menampilkan ciri “tirai cahaya” yang menyuntik penampilan unik dan berkualiti, sama seperti lampu belakang. Ruang kabinnya dihiasi tona warna hitam dengan kemasan balutan kulit di tempat duduk, sementara kemasan cat satin digunakan pada bahagian perincian lain.

Tempat duduknya oleh dilaras secara elektrik lapan-hala, manakala panel instrumennya dilengkapi Multi-Information Display (MID) bersaiz 4.2-inci. Di tengah papan pemuka, terletak skrin bersaiz 9-inci yang berfungsi sebagai paparan sistem infohiburan dan audio, serta memancarkan imej dari kamera undur.

Sistem ini turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto serta sambungan lain termasuklah
USB Mirroring, AUX dan Bluetooth. Corolla Cross didatangkan dengan sistem pintar tanpa kunci dan pintu belakang dengan penderia kuasa elektrik yang membolehkan ia dibuka dengan hanya menghulurkan kaki di bawah bampar.

Kapasiti ruang bagasinya pula adalah 440 liter dan ia boleh ditambah dengan merebahkan bahagian penyandar kerusi belakang. Corolla Cross dikuasakan oleh enjin 1.8-liter petrol DOHC dengan Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 139 PS kuasa pada 6,400 rpm dengan 172 Nm daya kilas pada 4,000 rpm.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Enjin ini disambungkan pula dengan transmisi Sequential Shiftmatic (CVT) tujuh-kelajuan dengan pendikit kawalan elektronik bagi memberikan respon lebih berkesan, lancar dan senyap. Model ini mempunyai  radius
pusingan 5.2 meter, terbaik dalam kelasnya selain bukaan sudut depan 18°, yang membolehkannya merentas laluan tidak rata serta mampu melepasi bonggol dengan mudah.

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 yang merangkumi ciri seperti
Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Berlepas Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).

 

Ia turut dilengkapi dengan Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS). Corolla Cross turut dilengkapi Perakam Video Digital (DVR) di depan (ditawarkan sebagai pilihan untuk bahagian belakang) dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS).

Pemilik Corolla Cross boleh menikmati langganan VTS secara percuma selama tiga tahun. Corolla Cross telah menerima penarafan keselamatan lima-bintang ASEAN NCAP dan turut didatangkan dengan tujuh beg udara SRS dan cagak ISOFIX. Turut diperkenalkan ketika majlis pelancaran dalam talian ialah Duta Corolla Cross, iaitu Diana Danielle dan Danny Koo.

Buat masa ini hanya Corolla Cross 1.8G yang boleh dibeli menerusi bilik pameran pengedar sah dan cawangan Toyota seluruh negara, manakala Cross 1.8V hanya akan menyusul kemudian, namun tempahannya telah pun mula dibuka. Selain itu, tempahan boleh juga dibuat menerusi bilik pameran maya Toyota.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply