ARKIB

KATEGORI

Buletin

740e bakal menggangu pasaran S400 Hybrid

Views

 Artikel oleh : Shamsul Yunos

  • Penggunaan bahan bakar 2.1 – 2.3 liter/100km
  • Bateri tahan 37 – 40km dalam mode elektrik sepenuhnya

Mercedes-Benz S400 Hybrid mendapat pelepasan duti eksais kerana ianya dikira sebagai kenderaan mesra alam sekitar, walaupun ianya adalah kereta mewah dan ini membolehkannya dijual pada RM560,000, satu harga yang amat kompetitif untuk kenderaan dalam segmen E.

BMW 740Li pula ditawarkan pada RM788,000 dan ini menjadikannya jauh lebih mahal dan sudah tentu S400 menguasai pasaran kenderaan mewah kerana ia menawarkan spesifikasi yang tinggi dan juga kelebihan status Hibrid yang semakin diminati ramai. Kini BMW mula mengeluarkan gambar dan spesifikasi untuk model 740e yang menggunakan kuasa hibrid dan ini dijangka akan memberi saingan sengit kepada S400h.

740e diklasifikasikan sebagai plug-in hybrid atau hibrid bercas dimana bekalan tenaga bateri boleh ditambah semula dengan menggunakan bekalan elektrik dari soket rumah ataupun sistem i-Wallbox dari BMW. Bateri boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh 4 jam jika kuasa diambil dari soket rumah biasa dan tempoh ini disingkatkan ke 3 jam sekiranya menggunakan sistem i-Wallbox.

Model limosin hybrid ini akan mendapat tiga varian, iaitu 740e iPerformance yang diletakkan sebagai model standard, 740Le iPerformance yang lebih panjang dan mewah dan jugal 740Le xDrive iPerformance yang menggunakan sistem pacuan empat roda. Kesemua varian ini mendapat kuasa dari enjin empat silinder twin-turbo yang menjana 258hp dan 400Nm tork yang oleh motor elektrik 68hp dan hasilnya ialah 326hp.

Model ini mampu memecut ke 100km/j dalam masa 5.5 – 5.7 saat, bergantung kepada varian dan spesifikasi. Yang paling mengagumkan, model ini dijangka akan menggunakan antara 2.1 hingga 2.3 liter petrol bagi setiap 100 kilometer dan menghasilkan 49 gram karbon dioksida setiap kilometer. Pemandu boleh memilih sama ada menggunakan sistem hibrid ataupun elektrik sepenuhnya. Mod hibrid biasa menggabungkan enjin dan motor elektrik manakala mode Max eDrive akan bergantung kepada motor elektrik sahaja.

Bagaimanapun jika anda menekan pendikit untuk pecutan kuat, sistem ini akan menghidupkan enjin petrol dan menjana kuasa secukupnya untuk situasi teresebut. Penggunaan mode Max eDrive akan menggunakan semua cas bateri dalam jarak 40km untuk varian 740e dan Le manakala varian 740e xDrive akan menghauskan bateri dalam jarak 37km. Model hibrid ini juga menggunakan sistem Driving Experience Control yang membolehkan pemandu memilih beberapa mod pemanduan seperti Eco Pro, Comfort, Sport dan Adaptive mode yang boleh ditentukan secara manual oleh pemandu.

BMW 740e 1 BMW 740e 3 BMW 740e 5 BMW 740e 6 BMW 740e 7 BMW 740e 8 BMW 740e 9 BMW 740e 10 BMW 740e 11 BMW 740e 12 BMW 740e 13 BMW 740e 14 BMW 740e 15 BMW 740e 16 BMW 740e 17

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply