ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aduan tak diendah, penduduk keluar duit sendiri tampal jalan berlubang

Berita Tempatan

Views

Penduduk yang mendiami kejiranan di Jalan Kebun Sayur dekat kawasan perindustrian Bukit Naning di Muar mengambil keputusan untuk menampal sendiri jalan berlopak selepas aduan mereka berhubung masalah itu tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

S. Jeganathan, 55, berkata, Jalan Kebun Sayur di kawasan perindustrian Bukit Naning itu sudah lebih dua tahun rosak, namun tiada tindakan pembaikan dilakukan walaupun aduan telah dibuat kepada pihak-pihak berkaitan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Susulan itu kata beliau, pihaknya mengambil langkah mengumpul dana seterusnya melakukan penampalan sendiri bagi mengelak kerosakan lebih teruk ke atas jalan berkenaan.

Jelasnya, mereka tidak tahu pihak mana yang sepatutnya bertanggungjawab kepada masalah jalan di kawasan perindustrian ini kerana tiada tindakan dilakukan walaupun aduan sudah dilakukan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku selain keadaan kerosakan jalan sema­kin rosak terus, kerja penampalan terpaksa dilakukan.

Jeghanatan yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Bakri berkata, tindakan yang dilakukan pihaknya itu hanya sebagai langkah awal bagi mengatasi masalah jalan berlubang di Jalan Kebun Sayur.

Dia berharap ada tindakan susulan daripada pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah jalan berlubang di Jalan Kebun Sayur ini kerana banyak kenderaan melalui setiap hari. – KOSMO!ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Raja Jega

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply