ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford dan SDAC raikan Bulan Prihatin Global dengan membantu komuniti Orang Asli

Berita Tempatan

Views

Ford Motor Company dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru-baru ini, meraikan Bulan Prihatin Global tahunan dengan memperluas sokongannya terhadap program komuniti Orang Asli.

Ford Motor Company Fund, sayap pendanaan kebajikan Ford Motor Company, akan menyediakan sejumlah US$20,000 (RM94,000) dalam bentuk geran kepada dua organisasi bukan berasaskan keuntungan di Malaysia, iaitu Yayasan Keamanan Global dan Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Ini adalah bagi menyokong projek yang memberikan tumpuan terhadap pembinaan semula rumah dan menaik taraf kemudahan sekolah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pengarah Urusan Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik, D.J. Simpson, berkata, pihaknya berterima kasih kepada Sime Darby Auto Connexion kerana menjadi rakan dalam melakukan perubahan serta memberikan impak positif kepada individu dan keluarga di Malaysia.

Sebahagian daripada geran bernilai US$10,000 tersebut akan dianugerahkan kepada Festival Keamanan Global Malaysia, sebuah organisasi yang tidak berasaskan agama, parti, dan bukan untuk tujuan keuntungan di negara ini, untuk membantu mengubahsuai rumah dan meningkatkan bekalan makanan bagi sejumlah 17 keluarga.

Festival Keamanan Global Malaysia juga akan membantu dalam sesi memasak bersama komuniti untuk membantu mereka dalam penyediaan makanan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia turut menjadi satu lagi penerima geran berkenaan, dan akan memanfaatkan dana tersebut bagi tujuan memperbaiki dan menaik taraf kemudahan sekolah, seperti bilik darjah, perpustakaan, makmal komputer, dan kemudahan lain di kawasan luar bandar.

Diasaskan oleh ahli komuniti Orang Asli, pasukan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia telah berganding bahu untuk mempertingkatkan kualiti komuniti terlibat dari pelbagai cara, termasuklah bantuan banjir, kesihatan, bekalan makanan, dan perhimpunan masyarakat.

Bulan Prihatin Global diperkenalkan oleh Ford Volunteer Corps, sebuah kumpulan rangkaian global yang terdiri daripada ribuan pekerja Ford dan pesara yang dihimpunkan di bawah pengurusan Ford Motor Company Fund.

Bulan Prihatin Global 2023 menandakan tahun ke-18 komitmen berkenaan dilaksanakan untuk memastikan kesan khusus di seluruh dunia dalam memperkukuh komuniti dan membantu meningkatkan kualiti hidup di seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply