ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ditemui terbakar tepi jalan, pesakit psikiatri ‘cuba bunuh diri’ melecur 96 peratus

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki melecur 96 peratus selepas ditemui dalam keadaan terbakar dipercayai cuba membunuh diri di atas jambatan Jalan Kampung Syed Omar di Bintong di Kangar malam tadi.

Menurut KOSMO! ONLINE, kejadian kira-kira pukul 8.49 malam itu, pemilik premis aksesori dan pendingin hawa kenderaan berusia 29 tahun terbabit dilihat berada berhampiran sebuah kereta jenis Perodua Axia yang turut terbakar.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew memberitahu, mangsa ditemui dalam keadaan terbakar seluruh badan dan berjalan ke arah sebuah kereta pengguna jalan raya yang memberhentikan kereta di situ.

Katanya, saksi kejadian berusia 38 tahun kemudian keluar dari kereta dan menenangkan mangsa sebelum menghubungi 911 untuk bantuan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Pihak bomba, polis dan ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian sebelum memadamkan kebakaran pada kereta dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan.

Kata beliau, mangsa mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Menurut Wari Kiew, pihak keluarga mangsa telah tampil memberi keterangan dan memaklumkan mangsa merupakan pesakit psikiatri yang menerima rawatan pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF.

Pesakit didakwa pernah beberapa kali cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanita mempunyai kekasih baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply