Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2019 yang kini sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Perodua turut memperkenalkan lima aksesori GearUp baharu untuk Aruz bagi melengkapkan aksesori yang diperkenalkan semasa pelancaran SUV tujuh tempat duduk itu pada Januari lalu.
JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019
Disasarkan kepada mereka yang ingin menambah utiliti dan memberikan sentuhan peribadi kepada Aruz mereka, aksesori baharu ini akan dipamerkan dan dibuka untuk tempahan di Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini.
JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?
Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti enam-bulan.
Aksesori GearUp untuk Perodua Aruz | Harga (S’jung Msia) | Harga (Msia Timur) | |
Skirt Hadapan dengan Jejalur Merah | BAHARU | RM700 | RM710 |
Skirt Belakang dengan Jejalur Merah | RM700 | RM710 | |
Tirai Kargo | RM250 | RM255 | |
Sarung Tempat Duduk dengan Jahitan Merah | RM950 | RM970 | |
Armrest Tengah Dengan Konsol Simpanan | RM180 | RM185 | |
Visor Pintu | RM160 | RM163 | |
Plat Tapak Pintu Krom | RM150 | RM153 | |
Pelindung Bumper Belakang | RM160 | RM163 | |
Tray Bagasi | RM140 | RM143 | |
Karpet Koil | RM200 | RM203 | |
Pengedap Bunyi Pintu | RM455 | RM460 | |
Pengedap Bunyi Hood | RM80 | RM83 | |
Pakej Utiliti (Visor Pintu + Karpet Koil + Tray Bagasi) | RM450 | RM459 |
Kunjungi reruai Perodua di Dewan A, MAEPS untuk maklumat lanjut. Selain itu, Perodua turut menwarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan kepada para pelanggannya sepanjang acara tersebut berlangsung.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
I LIKE ARUZ VERY MUCH. EVEN THE RIDE QUALITY DOES INHERIT AVANZA. IT FELLS MEANS DUE TO HEIGHT AN BIG WHEEL .
A LET DOWN IS ENGINE AND GEARBOX.
BUT MY MOST CONCERN IS GEARBOX . THEY SHOULD CHOOSE THE TRANSMISSION LOWER HIGHWAY CRUISING RATIO LIKE 2500 FOR 1OOKM /H … THATS MORE SOUND
Step in BRV . The engine and gearbox combo is harmonic in relation . Thus exploint power and economy optimallt. Not happened in aruz