Perodua memperkenalkan Bezza Limited Edition di Malaysia Autoshow 2019, yang membuka tirainya hari ini bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, YBhg Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.
Hadir sama menyaksikan majlis tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ignatius Darell Leiking; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) YBhg Datuk Madani Sahari dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd YBhg Datuk Dr Zahari Husin.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
Sedan pertama Perodua ini dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 2016, dengan lebih daripada 145,000 unit dijual sehingga kini. Bahagian upper body Bezza direka sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Terhad kepada 50 unit, Perodua Bezza Limited Edition dibuka untuk tempahan hanya di Malaysia Autoshow 2019 sepanjang empat hari acara itu berlangsung dengan harga atas jalan tidak termasuk insurans RM44,890, .
Menurut Datuk Dr Zahari, Perodua Bezza Limited Edition adalah berdasarkan varian Bezza 1.3 Premium X dengan penggayaan yang unik dan sporty serta dilengkapi dengan aksesori GearUp.
Ciri-ciri istimewa Perodua Bezza Limited Edition
- Tampil dengan warna luaran Ivory White.
- Dilengkapi kit badan GearUp kemasan hitam kusam yang dikelilingi jejalur merah.
- Spoiler belakang berwarna hitam kusam.
JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?
- Bumbung berwarna hitam.
- Rim aloi berwarna kelabu gelap.
- Cermin sisi berwarna merah.
- Pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi.
- Sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah.
- Corong pendingin hawa berwarna merah.
- Karpet koil GearUp.
Kunjungi reruai Perodua di Dewan A, MAEPS dan jadi salah seorang daripada 50 pemilik bertuah model khas ini! Selain itu Perodua turut menwarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan kepada para pelanggannya.
JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Asyraf Sabry dan ENGEAR TV
tak sempat nak tempah dah habis..