ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Berita Tempatan

Views

Proton mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model Iriz dan Persona yang ditambahbaik sempena Malaysia Autoshow yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula hari ini. Kedua-dua model tersebut telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang turut disaksikan oleh Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton serta Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Iriz dan Persona 2019 dengan reka bentuk baharu dan dilengkapi ciri-ciri pintar ini telah dipertontonkan kepada media pada Februari dan Mac yang lalu. Ia turut diperlihatkan kepada pelanggan terpilih semasa acara yang diadakan pada hujung minggu di beberapa cawangan Proton.

Reka bentuk baharu kedua-dua model ini mendapat sentuhan dari kumpulan Reka Bentuk Proton dan pereka- pereka dari studio reka bentuk Geely lain di seluruh dunia. Antara ciri rekaan baharu yang diterapkan adalah elemen busur (Ethereal Bow) corak berbentuk anyaman (Infinite Weave) yang menghiasi jeriji hadapan, bampar hadapan dan belakang serta rekaan rim aloi baharu.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Untuk varian Premium 1.6AT, Proton telah memasang unit stereo pintar dengan skrin sentuh 7-inci yang menggunakan kad eSIM untuk sambungan Internet. Ia juga boleh digunakan untuk aplikasi penstriman muzik, navigasi dan pengecaman suara dengan memori dalaman sebanyak 16GB.

Pengguna telefon pintar Android juga akan dapat menikmati fungsi pencerminan penuh melalui aplikasi sambungan yang mudah, membolehkan mereka mengakses data yang disimpan pada peranti mudah alih mereka.

Selain itu, para jurutera pembangunan telah membuat sebanyak 367 penambahbaikan untuk model Iriz manakala sebanyak 303 penambahbaikan pula telah dilakukan pada model Persona. Dr Li Chunrong berkata, Proton amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana berbesar hati untuk memperkenalkan kedua-dua model ini.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Selama 18 bulan para jurutera dan pereka bentuk Proton telah bekerja keras untuk menambahbaik kedua-dua model ini dan yakin bahawa pembeli kereta Malaysia akan dapat melihat dan merasai sendiri hasil usaha tersebut. Setakat ini, lebih 8,000 tempahan telah diterima dan angka ini dijangka akan bertambah sebaik sahaja ia mula dijual.

Untuk tiga bulan pertama tahun 2019, Proton bermula dengan cukup cemerlang dan mendahului pasaran keseluruhan SUV menerusi model X70. Dengan pelbagai ciri pintar, ia menjadi daya tarikan utama untuk pembeli dan setakat ini Proton telah menerima lebih daripada 25,000 tempahan.

Proton juga telah menambahbaik rangkaian cawangannya kepada 3S/4S supaya ia membolehkan para pengedarnya memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan. Inisiatif ini akan membantu menarik pelanggan untuk membeli kereta-kereta keluaran mereka.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • kereta mmg ada pertambahan kualiti tetapi service center masih macam dulu, kena tunggu dekat 30 minit baru attend customer dan ambil masa lebih kurang 2 jam cuma untuk mengesan masalah kereta yang sememangnya dah tahu kerosakannya dan akhir berkata , encik ini tak boleh betul hari ini, barang kena oder , waste masa dekat setengah hari saja . – ini pengalaman saya sendiri


  • Bro hantar servis centre yg 3S atau SC kecik? Nak tau jugak sbb sebelum ni proton byk upgrade servis centre yg ada sekali sales dan spare parts.

Leave a Reply