Ingat tak lagi kami pernah membuat spekulasi mengenai Perodua yang sedang membangunkan sebuah model SUV mini? Model tersebut dikatakan berkongsi pelantar dengan model konsep Daihatsu DN Trec versi produksi. Nampaknya tilikan Nujum Pak Belalang kami semakin hampir menjadi realiti kerana model yang dipamerkan semasa Tokyo Motorshow pada tahun 2017 itu bakal dilancarkan di Jepun tahun ini.
Laman sesawang Carsensor.net telah membuat satu spekulasi mengenai model tersebut dan ia bakal membuat kemunculan bersama-sama model generasi baharu Tanto di acara dwi tahunan itu pada musim luruh nanti. Menurut laman tersebut, model DN-Trec versi produksi akan diberi nama Rocky.
Rocky bukanlah diambil sempena nama watak peninju yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone, ia sebenarnya nama salah satu model Daihatsu yang dikeluarkan antara tahun 1990 ke 1997. Pada ketika itu Rocky dikuasakan oleh enjin 1.6 liter dan panel serta cermin belakang model SUV mini tiga-pintu ini boleh ditanggalkan, membolehkannya menjadi separa terbuka.
JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?
Generasi baharu Rocky nanti akan dibina dari pelantar DNGA (Daihatsu New Global Architecture) dan mempunyai dua pilihan penjana tenaga, sama ada enjin berkapasiti 1.2-liter dengan mild hybrid atau enjin 1.0 liter tiga silinder turbo. Model ini juga akan menggunakan teknologi baharu Daihatsu ISG (Integrated Starter Generator).
Ia akan berada dalam segmen-A dan bakal berentap dengan Suzuki Ignis di pasaran Jepun. Rocky mempunyai dimensi 3850mm panjang, 1695mm lebar dan 1600mm tinggi dan dijangka membuat kemunculan pada 5 Disember tahun ini. Besar kemungkinan ia bakal menjadi calon SUV mini terbaharu Perodua bagi menggantikan Kembara pada tahun hadapan.
Kenapa kami berkata begitu?
Ketika ini trend automotif dunia mula beralih kepada genre SUV dan Perodua telah melancarkan model SUV tujuh-tempat duduk Aruz untuk menggugat pasaran Honda BR-V pada bulan Januari lalu. Proton pula bakal melancarkan SUV kompak segmen-B, X50 pada tahun hadapan dan ia mungkin sedikit-sebanyak mengganggu pasaran Aruz.
Jadi sebagai persiapan awal, Perodua mungkin telah menghidu ancaman tersebut sambil mencongak strategi baharu dan satu lubuk yang paling besar dalam pasaran SUV sebenarnya berada dalam segmen-A. Kebetulan hanya ada satu sahaja pengeluar yang sedang bermain dalam segmen tersebut iaitu Haval dengan model H1.
JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?
Ini peluang keemasan buat Perodua kerana Proton masih belum ada model SUV untuk segmen tersebut jika merujuk pada barisan model sedia ada Geely. Haval H1 pula dijual pada julat harga antara RM60,017 hingga RM72,659 bergantung pada varian dan pada kami harganya agak tinggi untuk model sekecil itu.
Sekiranya SUV mini Perodua itu nanti dijual dalam julat harga RM45,000 hingga RM55,000, kami sangat yakin ia bakal menjadi ‘SUV terlaris di Malaysia’. Jika merujuk kepada model Perodua X-Concept yang dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) tahun lalu, mungkin ia memberi petunjuk awal kepada model tersebut.
Ada dua petunjuk awal yang kami lihat menerusi gaya rekaan model konsep itu – model hatchback segmen-A baharu pengganti Axia dan model SUV/crossover pengganti Kembara. Anda boleh menyaksikan kemunculan semula model X-Concept dan Myvi GT di Malaysia Autoshow 2019 bermula hari Khamis ini (11 April 2019) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
Daihatsu Rocky
P2 ni nak keluarkan kembara baru ke? Aruz tu pun boleh bilang dengan jari je sebab harga lebih RM70k, orang ambik Honda le jawabnya.
rilek brader…awal lagi…tunggu la 2-3 tahun tengok boleh kira berapa jari pulak nanti..sedangkan myvi baru pun dh bersepah sekarang..
Perodua kena keluarkan cepat2 sebelum x50 Proton keluar.. Rebadge cepat model ni..