ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aksesori khas GR untuk GR Yaris, Vios GR-S, Vios dan Yaris dilancarkan

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan penawaran aksesori GR yang eksklusif untuk model GR Yaris, Vios GR-S, Vios dan Yaris.

Kesemua aksesori ini boleh didapati secara eksklusif di lima GR Garage seluruh negara dan 39 cawangan GR (pengedar Toyota yang bersaing dalam siri perlumbaan Vios Challenge).

Berikut adalah senarai aksesori GR yang ditawarkan:

  • Spoiler depan dengan lanjutan GR Yaris
  • Skirting sisi GR Yaris
  • Spoiler bampar GR Yaris
  • Peredam sports GR Yaris
  • Set dalaman (gentian karbon) GR Yaris
  • Penutup injap tayar GR
  • Bolt pengunci nombor plat GR
  • Butang penghidup enjin GR
  • Lencana GR

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

  • Lapik barangan GR
  • Alas kaki GR
  • Bar penstabil
  • Pelekat grafik cermin depan GR
  • Pelekat grafik badan sport
  • Kemasan peredam sport
  • Injak sisi beriluminasi
  • Nut hab roda premium (krom hitam)
  • Balutan dalaman gentian karbon
  • Plat akrilik TGR (Belakang)
  • Plat akrilik dan pemegang plat TGR (Depan)
  • Pakej Top Black GR
  • Pakej sarung cermin sisi hitam GR

Eksklusif untuk GR Yaris edisi terhad dan hanya boleh didapati di GR Garage seluruh negara ialah lima naik taraf penggayaan dan prestasi, termasuk spoiler depan GR dengan lanjutan spoiler belakang, skirting sisi GR, spoiler bampar belakang GR, sports muffler GR dan set panel dalaman gentian karbon GR.

Aksesori lain turut tersedia untuk Vios GR-S, Vios dan Yaris. Ini bagaimanapun tidak termasuk butang suis penghidup GR, lencana GR serta pelapik kaki GR yang sudahpun didatangkan sebagai standard untuk Vios GR-S.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata, Gazoo Racing mewakili semangat aktiviti permotoran Toyota diseluruh dunia. Tambahnya, penjualan aksesori GR ini adalah usaha Toyota untuk mengukuhkan kedudukan dalam sukan permotoran di Malaysia

Presiden UMW Toyota Motors, Ravindran K. berkata, ketersediaan aksesori GR ini membolehkan pelanggan menjadikan kereta mereka lebih personal dan unik, terutama mereka yang berkongsi minat yang sama dalam sukan permotoran.

Semua alatan dan aksesori GR datang dengan jaminan setahun dan bagi memastikan pemasangan yang betul, pelanggan boleh melakukannya di GR Garage dan cawangan GR yang ada.

Lima GR Garage seluruh negara termasuklah Fokus Tetap (Shah Alam, Selangor), PCM Klang Motor (Klang, Selangor), Wing Hin Auto (Balakong, Selangor), Telagamas (Kulim, Kedah) dan Mutiara Motorsports (Masai, Johor).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply