ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menunggang secara berbahaya di lebuh raya, sembilan ‘Mat Motor’ ditahan

Berita Tempatan

Views

Sembilan lelaki yang melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 216 hingga 193, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, penahanan sembilan lelaki berusia 20 hingga 29 tahun itu dibuat hasil aduan pengguna lebuh raya terbabit.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Jelasnya, ketika operasi dijalankan, kesemua mereka didapati menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi, melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta kedua-dua kaki ke belakang seperti ‘Superman’.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati menunggang secara melulu dan berbahaya, sembilan motosikal milik mereka turut disita.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Ops Samseng Jalanan yang dilakukan pasukan Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Bukit Aman bersama JSPT Pahang dan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kuantan dengan kekuatan empat pegawai dan 27 anggota itu bermula 9 pagi hingga 12 tengahari pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 217 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi itu. Sehubungan itu, Kamarulzaman berkata, pihaknya akan mengadakan operasi ini secara berterusan bagi memastikan pematuhan peraturan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Kuantan

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply