ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aksi Vios Challenge dan Toyota Gazoo Racing Festival kembali hujung minggu ini!

Sukan Permotoran

Views

Berita gembira buat peminat sukan permotoran! Perlumbaan Vios Challenge dan Toyota Gazoo Racing Festival kini kembali dengan pusingan kedua yang bakal dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 23 hingga 24 Oktober 2021.

Setelah tujuh bulan menghilang ‘dek penangan’ pandemik Covid-19, acara ini akan berlangsung dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tanpa kehadiran penonton.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Vios Challenge akan menampilkan empat kelas, bermula dari Rookie Class yang bakal menyaksikan lima graduan dari GAZOO Racing Young Talent Development Program berlumba buat kali pertama, diikuti Promotional Class yang menampilkan 10 selebriti tempatan, Sporting Class untuk pelumba amatur dan Super Sporting Class untuk pelumba elit dan profesional.

Pendahulu semasa kelas rookie Naquib Azlan bakal dicabar oleh dua remaja 17-tahun, Amer Harris dan Mika Hakimi, Jwan Hii yang berusia 18-tahun serta pelumba muda Putera Adam yang baru berusia 14-tahun.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Super Sporting Class menyaksikan pendahulu, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel yang disaing rapat oleh beberpa pelumba lain, antaranya Mark Darwin, Freddie Ang, Keifli Othman, Syafiq Ali dan ramai lagi.

Pelakon, Zizan Razak yang kini mendahului Promotional Class pula akan dicabar oleh beberapa selebriti lain antaranya Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar. Sporting Class juga sengit dengan Adam Khalid dan Haji Sutan Mustaffa Salihin yang masing-masing memenangi satu perlumbaan.

Kelas tersebut bakal menyaksikan 19 peserta bersaing untuk memburu kejuaraan untuk Musim Ke-4. Kesemua aksi Pusingan 1 akan dibawakan secara langsung menerusi laman sesawang www.toyota.com.my serta laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota GAZOO Racing Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply