ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dilanggar Bezza ketika berbasikal di Cyberjaya – Petugas di stesen TV maut

Berita Tempatan

Views

Seorang petugas di stesen televisyen, maut selepas terbabit kemalangan ketika berbasikal di Cyberjaya, siang tadi.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa dikenali Jeffry Aziz, 57, dari Taman Puncak Jalil dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Beliau berkata, kejadian berlaku di Kilometer 38.3 Jalan Cyberjaya (Dengkil)/Puchong menghala ke Cyberjaya, pada jam 8.15 pagi. Katanya, mangsa yang juga pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB) meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pereka di syarikat industri dari Bandar Baru Bangi, tidak cedera. Insiden itu tular di laman sosial termasuk di Facebook Cyberjaya Community sejak pagi tadi.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu wanita yang datang dari susur keluar Putrajaya/Bangi dipercayai melanggar bahagian belakang mangsa yang datang dari arah Puchong.

Ketika kejadian, mangsa berbasikal di lorong tiga dan akibat pelanggaran, mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply