ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

PETRONAS Sepang Racing Team dilancarkan

Sukan Permotoran

Views

Pasukan pertama Malaysia dalam saingan MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, dan barisan pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing yang bakal berentap dalam kategori Moto2 dan Moto3, secara rasminya dilancarkan semalam di Menara berkembar PETRONAS. Pasukan ini turut memperkenalkan skema warna baharu yang bakal menyemarakkan pelumba pasukan dan jentera mereka dalam semua kategori di Kejohanan Dunia MotoGP pada tahun ini.

Barisan pelumba yang bakal membawa cabaran PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team adalah Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo yang bakal menunggang jentera Yamaha YZR-M1 2019 dalam saingan MotoGP, manakala pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing pula terdiri daripada Khairul Idham Pawi (Moto2), Ayumu Sasaki dan John McPhee (Moto3).

Acara bersejarah dalam sukan permotoran Malaysia itu telah dilangsungkan di ruang legar Dewan Filharmonik PETRONAS. Pasukan ini turut mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara yang bakal beraksi dalam kesemua kategori perlumbaan Grand Prix, MotoGP, Moto2 dan Moto3. Ia turut menjadi hari bersejarah kepada pasukan tersebut dan juga negara ini, kerana ia menyaksikan kehadiran beberapa orang kenamaan dari Malaysia dan ramai rakan kongsi yang turut menjadikan impian ini menjadi kenyataan.

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

Dalam saingan MotoGP pada musim ini, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team akan menampilkan kelibat ‘Rookie of the Year 2018’ iaitu Franco Morbidelli dan bakal perampas gelaran tersebut Fabio Quartararo, yang baharu sahaja dinaikkan pangkat dari kategori Moto2. Pasukan tersebut bakal menjadi satu-satunya pasukan satelit Yamaha yang bakal berada di grid, yang menyaksikan mereka bakal mendapat segala peralatan dan sokongan penuh dari kilang, hasil daripada hubungan kerja yang mengagumkan antara pasukan dan Yamaha Motor Co. Ltd.

Dalam saingan kelas pertengahan, PETRONAS Sprinta Racing bakal memulakan musim kedua mereka dengan kehadiran muka baharu, pemenang dua kali Grand Prix dari Malaysia, Khairul Idham Pawi. Sementara itu, dalam Moto3, Ayumu Sasaki bakal bergandingan dengan rakan baharunya John McPhee, untuk membentuk gandingan mantap bagi mengejar kejuaraan musim ini.

Pasukan ini bakal menampilkan wajah baharu mereka buat pertama kali pada sesi ujian rasmi pertama MotoGP pada 6hb – 8hb Februari di Llitar Antarabangsa Sepang. Pada 11hb – 13hb Februari, pasukan PETRONAS Sprinta Racing Moto2 dan Moto3 akan kembali mengadakan ujian di litar yang sama.

Syabas kami ucapkan pada PETRONAS Sepang Racing Team. Semoga pasukan ini bakal mengharumkan nama negara pada musim ini. Kami sangat teruja untuk melihat aksi mereka di saingan MotoGP 2019. Semoga berjaya!

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply