ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ambulans terpaksa berhenti beri laluan konvoi PM, anggota trafik telah buat penilaian awal elak risiko kemalangan – JSPT Selangor

Tular

Views

Menurusi satu kenyataan media di laman Facebook rasmi JSPT Selangor, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at memberi penjelasan berkenaan video yang memaparkan kenderaan 4×4 dan ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah yang terpaksa berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi yang diiringi polis trafik.

Beliau memaklumkan, pihaknya pada setiap masa dalam penugasan trafik akan memberi keutamaan laluan kepada kenderaan-kenderaan kecemasan terutamanya bomba dan ambulans.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kejadian tersebut berlaku pada 26.12.2021 kira-kira jam 11.30 pagi semasa rombongan Perdana Menteri Malaysia dalam perjalanan bagi meninjau kerja pembersihan pelbagai agensi dalam membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat ke lokasi lain di Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 Hulu Langat dengan diiringi polis trafik.

Jelasnya, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan bagi memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit dan anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan berkenaan dalam tempoh yang singkat.

Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) yang telah tiba hampir dipersimpangan berkenaan. Tindakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh anggota trafik berkenaan, selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No. 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dalam keadaan seperti yang dipaparkan di dalam video tersebut, sekiranya anggota trafik di persimpangan memberi keutamaan kepada kedua-dua kenderaan berkenaan untuk keluar simpang ke jalan utama, dikhuatiri akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya.

Oleh yang demikian, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang sudah dilaksanakan oleh anggota trafik berkenaan.

Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut dalam tempoh yang singkat, anggota trafik telah mengambil langkah segera dengan memberikan keutamaan jalan kepada kenderaan pacuan 4×4 dan ambulans setelah mendapati tiada risiko kemalangan berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply