ARKIB

KATEGORI

Buletin

Amerika Syarikat tempah bas sekolah elektrik buatan Malaysia

Berita Tempatan

Views

Gemilang International Limited (GML), pengeluar bas dan badan bas terkemuka Asia yang berpangkalan di Johor dijangka menghantar 140 unit bas sekolah elektrik sepenuhnya ke California, Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Berita Harian melaporkan, langkah itu akan memacunya untuk mempromosikan penggunaan penyelesaian mesra alam untuk bas dan badan bas. GML mereka bentuk dan mengeluarkan badan bas, selain memasang bas selama lebih 30 tahun.

Projek terkenalnya baru-baru ini termasuk Transit Aliran Bas Iskandar Malaysia (IMBRT), bas bandar elektrik pertama Sarawak untuk Metro Kuching dan projek perintis bas elektrik oleh kerajaan Sabah untuk pengangkutan awam.

Ia membekalkan bas aluminium untuk pengendali bas Go KL, Rapid KL, Rapid Pulau Pinang dan bas pengantara MRT untuk tempoh 13 tahun lalu

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GML, Pang Chong Yong, berkata syarikat yang disenaraikan di Hong Kong itu membekalkan bas elektrik (EV) ke AS sejak 2016, walaupun pasaran masih menggunakan kenderaan berkuasa bahan api fosil.

Katanya, GML membekalkan badan bas untuk pelbagai pengeluar EV seperti BYD dan CRRC untuk dipasarkan ke beberapa pasaran termasuk Malaysia, Singapura, Australia sejak 2015.

Pihaknya menjangkakan lebih banyak negara akan mengikuti peralihan kepada EV sebagai peningkatan komitmen iklim yang telah diumumkan oleh kerajaan di seluruh dunia.

Chong Yong berkata, tempahan 120 unit bas sekolah sepanjang 12 meter dan 20 unit lagi sepanjang 7.5 meter adalah luar biasa bukan hanya kerana ia menjadi satu kejayaan untuk pasaran AS, tetapi ia juga membabitkan kuantiti terbesar daripada satu pesanan bas EV yang pernah diterima olehnya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Pasaran bas sekolah EV di AS sangat besar dengan aspek pertumbuhan berpotensi. Ini adalah hasil daripada Perjanjian Infrastruktur Bipartisan (Akta Pelaburan Infrastruktur dan Pekerjaan) diumumkan baru-baru ini yang ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden AS, Joe Biden, dengan memperuntukkan AS$2.5 bilion (kira-kira RM10.5 bilion) untuk membeli bas sekolah elektrik untuk daerah sekitar AS.

Dengan rancangan baharu untuk menukar kesemua 500,000 bas sekolah AS kepada kenderaan emisi sifar, pihaknya yakin dapat menguasai lebih banyak bahagian pasaran dengan pengalaman industri selama tiga dekadnya serta kelebihan daya saing utama membabitkan struktur aluminium super ringan.

Beliau menjelaskan, GML memberi tumpuan kepada membina badan bas dan bas yang mesra alam, selain telah menggunakan penyelesaian badan aluminium selama lebih daripada 20 tahun.

Teknologi ringan, bebas kakisan berasal dari Switzerland dan sudah dibuktikan oleh pelanggan mereka dari lebih 15 pasaran di seluruh dunia.

Tambah beliau lagi, biasanya, bas keluaran mereka tahan lebih lama dan dianggap lebih selamat daripada bas berbadan keluli. Beliau gembira kerana ini membantu mereka mengembangkan jejak di pasaran AS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply