ARKIB

KATEGORI

SpyshotsTular

TULAR: Unit ujian Proton X90 ‘kena sondol’ belakang dengan Waja

Tular

Views
@dddyha Tak tau nak gelak ke sedih 😅 #keretabaru #newcar #accident ♬ Oh No – Kreepa

Dalam kerancakkan Proton menguji SUV tujuh tempat-duduk terbaharunya X90, tular di aplikasi TikTok satu video yang memaparkan kemalangan kecil yang berlaku terhadap unit ujian tersebut, n. Video tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @dddyha.

Sebenarnya, kapsyen pada video tersebut agak yang menarik perhatian warganet. Pada awalnya, si perakam begitu teruja setelah terserempak dengan Proton X90 yang masih berpelitup celoreng itu.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Namun selang beberapa minit, kelihatan X90 itu berhenti di lorong paling kanan dengan memasang isyarat kecemasan. Rupa-rupanya ia telah dilanggar dari belakang oleh sebuah Proton Waja.

Namun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian tersebut belaku. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 72,500 kali dengan 3,442 tanda suka dan telah menerima 141 komen dari warga TikTok.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Dalam artikel terdahulu, kami berjaya menemui nama Proton X90 dan Proton X80 setelah membuat ‘carian secara rambang’ di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ini sekali gus memberi petanda yang Proton bakal menamakan SUV ini dengan salah satu daripada nama tersebut dan mungkin ada satu lagi SUV akan diperkenalkan oleh pengeluar kereta nasional itu pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply