ARKIB

KATEGORI

Buletin

AMITEC lancar edisi khas Suzuki Raider R150Fi EWC1 Endurance Series, harga RM8,988

Berita Tempatan

Views

Bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dalam bidang sukan permotoran di bawah seliaan AFY Mobility Industries (AMI), AMITEC hari ini melancarkan edisi khas Suzuki Raider R150Fi EWC1 – Endurance Series.

Model edisi khas ini menampilkan grafik rekaan perlumbaan yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Endurance Series yang terkenal dengan barisan kemenangan trofi berganda oleh pasukan perlumbaan Suzuki.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengenalan Raider R150Fi EWC1 juga merupakan satu bukti buat pasukan AMITEC yang terus bersemangat dalam melaksanakan program penjenamaan serta komitmen mereka dalam program reka bentuk dan prestasi dalam industri sukan bermotor.

Pada masa ini, Raider versi EWC1 hanya mengekalkan spesifikasi standard Raider R150Fi dan menumpukan kepada transformasi grafik visualnya sahaja bagi memberi penghormatan kepada warisan serta deretan trofi kejuaraan kejohanan perlumbaan ketahanan pasukan pengeluar Suzuki.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?\

Seterusnya, ia menyasarkan komitmen berterusan AMITEC untuk meningkatkan prestasi dan menyesuaikan model Raider untuk sejumlah perlumbaan yang bakal disertai mereka pada masa akan datang.

Projek ini juga merupakan kesinambungan kepada pengenalan awal edisi khas Raider AS25 pertama
mereka pada tahun 2022. Harga runcit yang disyokan untuk model EWC1 ini adalah RM8,988.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply