ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON DX sedia jadi platform penglibatan komuniti untuk penerokaan STEM

Berita Tempatan

Views

Bagi memupuk minat dan meningkatkan pemahaman mengenai pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), PROTON DX, mengumumkan ketersediaannya sebagai platform penglibatan komuniti untuk penerokaan STEM.

Dilancarkan tahun lalu, PROTON DX adalah pusat digital automotif pertama di negara ini yang menawarkan gabungan teknologi interaktif, riadah, dan elemen gaya hidup.

PROTON DX berhasrat untuk menjadi pusat pembelajaran automotif dan teknologi untuk semua peringkat umur, termasuk sebagai platform untuk mencetuskan minat terhadap STEM di kalangan generasi muda.

Sejak dibuka pada Jun 2023, PROTON DX telah menganjurkan dan menjalankan beberapa inisiatif untuk memupuk minat terhadap STEM di kalangan minda muda.

Antara inisiatif tersebut adalah Bengkel Kereta Robotik Pelajar bulanan yang menyasarkan pelajar sekolah menengah. Di bengkel ini, pelajar mempelajari asas-asas pemasangan dan pengaturcaraan kenderaan autonomi mini mereka sendiri menggunakan platform Arduino.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Lebih 50 belia Malaysia di seluruh Lembah Klang, termasuk sekumpulan 20 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, telah menyertai bengkel tersebut.

Pelajar yang menamatkan bengkel ini menerima sijil penyertaan dan saguhati penyertaan. ACO Tech menyasarkan untuk melibatkan sekurang-kurangnya 200 belia Malaysia melalui bengkel ini dan aktiviti STEM yang akan datang menjelang akhir tahun 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu, pihaknya menyokong penuh segala usaha untuk membangunkan modal insan dalam bidang STEM dan mengisi jurang kemahiran serta memperkenalkan literasi teknologi kepada tenaga kerja masa depan.

Tambahnya, ini merupakan salah satu motivasi di sebalik pembukaan PROTON DX. Pusat ini telah menjadi platform untuk aktiviti berkaitan STEM sejak pembukaannya, sama ada sebagai penganjur atau ruang acara, untuk peminat dari semua peringkat umur untuk belajar dan mengalami.

Bagi memaksimumkan kemudahan yang ditawarkan, PROTON DX terbuka untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat tempatan yang mencari platform untuk mengadakan program dan bengkel bagi mempromosikan kesedaran dan pendidikan STEM, serta aktiviti-aktiviti lain yang direka untuk menyatukan komuniti tempatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?\

PROTON DX juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari semua peringkat umur untuk menikmati lawatan yang berinfomasi ke pusat tersebut.

Pengunjung dapat mempelajari teknologi dan produk yang dihasilkan oleh ACO Tech, dan mengalami aktiviti interaktif yang terdapat di PROTON DX seperti Kokpit Virtual, pemanduan maya dalam sebuah kubah seperti teater tertutup yang dibina khas untuk mengalami mobiliti pintar.

PROTON DX juga mampu memodelkan pengalaman kabin maya khusus untuk rakan kongsi dalam pameran perdagangan seperti E-Mobility Asia.

Ia mempunyai pelan lantai yang dirancang dengan teliti yang membolehkan ia menjadi ruang untuk program komuniti seperti sesi rangkaian dan kelas yang dikelolai oleh barista bertauliah PROTON DX sendiri.

Pusat ini, yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, mempunyai ruang seluas lebih 5,000 kaki persegi yang boleh memuatkan kira-kira 40 tetamu dengan selesa pada bila-bila masa, termasuk ruang VIP peribadi yang dilengkapi dengan TV 86-inci untuk tujuan mesyuarat.

Ia dibuka setiap hari bermula dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di Aras Bawah (Ground Floor), Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply