ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: VinFast dah mula uji VF e34 pemanduan kanan (RHD) untuk pasaran Malaysia ke?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah model kenderaan elektrik (EV) keluaran VinFast, VF e34 telah berjaya dikesan sekitar Penchala semalam. Apa yang menarik, unit tersebut adalah versi pemanduan kanan (RHD).

VF e34 berwarna biru tanpa sebarang pelitup celoreng penyamaran itu berjaya dikesan oleh individu bernama Syamsul Imran yang merupakan kenalan kepada sahabat kami Hezeri Samsuri (bos Careta.my).

Kelihatan VF e34 itu tidak menggantung sebarang plat perdagangan pada bahagian luarnya, tetapi sebenarnya plat perdagangan kenderaan itu dipamerkan dari bahagian dalam (atas papan pemuka).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sedikit informasi ringkas mengenai VF e34:

  • Ukuran dimensi : 4,300 mm Panjang x 1,768 mm Lebar x 1,613 mm Tinggi x Jarak antara gandar roda 2,610.8 mm
  • Kuasa maksimum: 110 kW/147 kuasa kuda
  • Daya kilas maksimum: 242 Nm
  • Beg udara: Enam
  • Jarak selepas sekali cas penuh: 285 km (menurut piawaian NEDC). Mod pengecasan pantas mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 180km selepas dicas selama 18 minit
  • Bateri jenis Lithium dengan kapasiti 42kW
  • Pilihan warna luaran: VinFast Blue, Deep Ocean, Brahminy White, Desat Silver, Neptune Grey, Crimson Red, Sunset Orange dan Jet Black
  • Pilihan warna dalaman: Hitam dan Cotton Beige

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Adakah ini petanda awal yang jenama kereta dari Vietnam ini bakal memasuki pasaran Malaysia dalam waktu terdekat?

Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang jawapan. Apa pun, kita nantikan perkembangan berikutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hezeri Samsuri dan Careta.my

VinFast VF e34

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply