Anak seorang penyanyi tempatan antara enam individu ditahan selepas disyaki terbabit kes kecurian sebuah kereta Ferrari di pusat cuci kereta di Hulu Klang, di Ampang, pada 17 November lalu.
Kereta berkenaan dilaporkan hilang selepas pemiliknya yang juga seorang ahli perniagaan bidang penerbangan berusia 50-an meminta pekerjanya untuk mencuci kereta itu di sebuah pusat cucian di Hulu Kelang, sebelum dimaklumkan bahawa kereta Ferrari hilang.
Susulan dari itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya, yang melakukan siasatan menemui semula kereta Ferrari berkenaan di lot parkir sebuah kediaman di Taman Tunku, Sabtu lalu.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis menahan enam suspek terbabit yang berusia antara 23 hingga 40 tahun, antara 17 November hingga semalam (25 November) di sekitar Ampang Jaya, Kajang, Taman Tunku, dan Jeli, Kelantan.
“Seorang wanita tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan.
“Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau.
“Dalam serbuan yang dibuat, polis menemui semula kereta Ferrari yang dilaporkan hilang bersama tiga lagi kereta lain jenis BMW X5 dan Naza Suria.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
“Turut dirampas alat kawalan jauh kereta jenis berlogo BMW, Honda dan Toyota, serta kad akses unit kediaman.
“Pada masa ini pihaknya masih meneruskan usaha mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussein berkata, tiga daripada enam suspek sudah diberi jamin manakala dua lagi suspek direman sehingga esok (27 November) dan seorang daripadanya direman sehingga 3 Disember ini.
Katanya, pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto ihsan PDRM
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI