ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pasukan Proton R3 raih tempat kelima perlumbaan Sepang 1000KM (S1K)

Sukan Permotoran

Views

Pasukan Proton R3 (R3) berjaya menduduki tempat kelima dalam kelas Malaysian Touring Car (MTC) di 2024 Sepang 1000KM (S1K) baru-baru ini.

Dalam perlumbaan yang penuh dramatik itu, salah satu kereta pasukan terpaksa ‘menarik diri’ lebih awal, manakala satu lagi kehilangan lebih 40 minit akibat masalah teknikal.

Walaubagaimanapun, pemandu kereta 82, Ariff Azmi dan Alister Yoong tidak berputus asa dan kembali bersaing dalam perlumbaan, lantas memperoleh penghormatan daripada pelumba serta pasukan lain.

Ini merupakan kali pertama Proton S70 R3 bertanding dalam perlumbaan dengan SK1 menjadi debut perlumbaannya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dilancarkan pada 28 November 2023, Proton S70 merupakan sedan segmen C pertama yang diperkenalkan oleh syarikat dalam tempoh 12 tahun.

Model sedan ini muncul sebagai peneraju dalam kelasnya di negara ini dengan pantas, selain berjaya menewashkan  beberapa model lama dari jenama pesaing.

Keputusan untuk menyertai perlumbaan dibuat tahun lalu dan ia membolehkan R3 menumpukan sumber daya untuk memastikan dua unit kereta berada di grid semasa perlumbaan.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman perlumbaan sebelum acara tersebut, pasangan pemandu kereta bernombor 81, Syafiq Ali dan Fahrizal Hasan serta pemandu kereta 82 telah menjalani ujian intensif di Litar Antarabangsa Petronas, Sepang.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Meskipun R3 tidak mempunyai kelebihan kelajuan berbanding pasukan lain seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka tetap menunjukkan prestasi yang kompetitif sejak sesi latihan pertama pada hari Khamis sebelum perlumbaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, walaupun pihaknya mengharapkan keputusan akhir yang lebih baik, banyak data berguna telah dikumpulkan sepanjang hujung minggu, dan kedudukan kelima dalam kelas MTC telah menetapkan asas bagi R3 untuk memulakan persiapan bagi musim perlumbaan 2025.

Penampilan kompetitif seterusnya bagi R3 dan Proton S70 R3 masih dalam perancangan, namun kereta 82 akan dipamerkan di reruai Proton semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Kereta tersebut akan dipamerkan dalam keadaan yang sama seperti ketika ia mengakhiri perlumbaan S1K. Penampilan pemandu juga telah dirancang dan akan diumumkan sebelum pameran berlangsung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply