Berita Harian sisipan bisnes melaporkan, Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines (MAS) terpaksa ditutup.
Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan itu sekiranya rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak tercapai dengan baik bagi memulihkan Malaysia Airlines. Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, buat masa ini rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat masih berjalan.
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
Beliau berkata, Khazanah dan Malaysia Aviation Group (MAG) akan membincangkan langkah seterusnya apabila kedudukan dan hasil rundingan berkenaan menjadi lebih jelas. Kata beliau, antara pilihan alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah, yang mana Khazanah bersedia untuk menamatkan pembiayaan untuk Malaysia Airlines dan sebaliknya, akan membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya bagi tujuan memenuhi ketersambungan (connectivity) yang diperlukan negara.
Tambah beliau, jika dilaksanakan dengan jaya, Firefly berpotensi untuk menjadi syarikat penerbangan kebangsaan. Shahril mengakui sekiranya jika alternatif itu menjadi kenyataan, sememangnya akan terdapat pihak berkepentingan yang mungkin terkesan.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
Beliau memberi jaminan, sekiranya ia berlaku, pihaknya akan ambil langkah yang perlu untuk mengurangkan sebarang kesan negatif. Shahril berkata, sektor penerbangan adalah sektor yang strategik kepada negara kerana ia adalah salah satu ‘enabler‘ atau pemboleh ubah untuk aktiviti ekonomi dan menyumbang sebanyak 3.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019.
Sebagai dana pelaburan negara, beliau berkata, Khazanah mempunyai peranan untuk menyumbang kepada usaha Kerajaan dalam menyediakan ketersambungan untuk negara. Katanya, Khazanah boleh menyokong usaha itu sama ada melalui suntikan dana ke dalam Malaysia Airlines yang distruktur semula dengan jayanya, atau membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya.
Menurutnya, syarikat penerbangan yang dipilih mestilah mempunyai kewangan yang mampan supaya ia dapat menghasilkan pulangan. Tambah beliau lagi, sekiranya Khazanah terus membiayai Malaysia Airlines yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan sering mengalami kerugian, Khazanah akan terpaksa melupuskan pegangannya dalam aset strategik yang lain atau menambah hutang.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Firefly Airlines
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
KOMEN TERKINI