Seorang anggota polis berusia 36 tahun maut apabila kereta Honda Civic yang dipandunya terbabas selepas melanggar seekor ular dalam kejadian di Kilometer 311.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara kira-kira pukul 5.38 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi memaklumkan mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku dipercayai selepas mangsa melanggar seekor ular yang menyebabkan kereta Honda Civic dipandunya terbabas.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut ini menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Difahamkan, tiada unsur-unsur jenayah berkaitan kemalangan maut ini. Maklumat jenis ular yang dilanggar juga masih belum diketahui. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Master Amirul
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI